2020年3月16日月曜日

Bantuan Elaun RM 600 Sebulan Cuti Tanpa Gaji : COVID-19



COVID-19 : PEKERJA CUTI TANPA GAJI TERIMA RM 600 SEBULAN KHAS BAGI RAKYAT MALAYSIA - PM

PERDANA MENTERI MALAYSIA :
Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin mengumumkan dana bernilai RM 120 Juta untuk pekerja yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Menerusi sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) pada Isnin, Muhyiddin berkata ia bakal memberi manfaat buat seluruh pekerja yang terjejas di negara ini berjumlah lebih 33,000 orang pekerja.

"Bantuan kewangan RM 600 setiap bulan, maksimum selama enam bulan itu layak untuk pekerja notis tanpa gaji mulai 01 Mac 2020.

"Langkah ini melibatkan peruntukan RM 120 Juta kepada lebih 33,00 orang pekerja yang menerima faedah ini," ujarnya.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengumumkan bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sepatutnya diagih pada Mei 2020 akan dipercepatkan bermula pada 16 Mac 2020.

Dalam sidang media yang sama, Muhyiddin turut menasihati orang ramai agar tidak cepat panik dalam berdepan dengan virus COVID-19.

"Jangan risau. Bekaalan makanan sentiasa mencukupi di Negara Malaysia.

"Kami juga meminta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk memantau situasi terkini,"ujarnya menjawab soalan pemberita.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Antara pengumuman lain termasuklah bantuan untuk kategori perniagaan yang terjejas seperti dari sektor pelancongan yang akan diberi 15 peratus diskaun caj elektrik bermula 01 APril 2020 sehingga 30 September 2020.

Pengguna domestik turut menerika diskaun dua (2) peratus caj elektrik bagi tempoh sama.

Turut hadir dalam sidang media itu termasuklah Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/03/bantuan-elaun-rm-600-sebulan-cuti-tanpa.html

    返信削除

Featured post

KEJAM - DITUDUH CURI RM 85 PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU SABAH DIBUNUH

VIRAL - DITUDUH CURI RM 85 PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU SABAH DIBUNUH @Jackie San LAHAD DATU, SABAH (23 MAC 2024): Siasatan polis me...