2020年3月18日水曜日

TUHAN MURKA LELAKI BERTELEKUNG CIUM MENCEMAR KESUCIAN KAABAH - SAJAT


Sajat Kongsikan Video Menangis Cium Kaabah

Usahawan Kosmetik Kontraversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat seolah-olah tidak mengendahkan kecaman masyarakat apabila dia terus berkongsikan foto dan memuat naik beberapa video dia mengenakan jubah wanita dan bertudung di Instagram ketika mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.

Sajat dengan senang hati memuat naik video dia menangis dan mencium Kaabah di Insta Story. Dia juga memuat naik beberapa gambar dia mengenakan jubah wanita berwarna hitam selain turut berpurdah di Masjid Nabawi, Masjid Quba dan Bukit Uhud di Madinah.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Ahli perniagaan popular itu turut menulis kapsyen antaranya, 'Ampunkan aku Ya Allah, aku seorang pendosa', 'Ya Allah, maafkan aku, aku bersujud pada-Mu Ya Allah' dan 'Alhamdulillah, aku telah bertaubat dan menjadi wanita suci, 'Alhamdulillah aku telah bertemu seorang lelaki yang baik dan bakal menjadi teman baru hidupku, 'Alhamdulillah, yang baik datangnya dari Allah, yang jahat datangnya dari kita sendiri'.

Dalam pada itu, Sajat turut menutup ruang komen di Instagram dipercayai kerana tidak mahu terus menerima kecaman netizen.

Difahamkan, Sajat Bersama keluarganya, rakan serta mutawwif sudah pulang ke tanah air dan awal sehari Tarikh sepatutnya mereka pulang ke Malaysia.

Mereka dikatakan membeli tiket penerbangan sendiri tanpa melalui agensi umrah Albayt Travel (M) Sdn Bhd, dan tiba di tanah air kira-kira jam 0500 pagi waktu Malaysia.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Sajat bagi mendapatkan reaksinya berhubung isu terbabit tidak Berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej WhatsApp.

Video yang tular di Instagram dan FB telah mengundang pelbagai komen negative.

Ada di antara netizen yang menyifatkan hukuman dunia yang diturunkan Tuhan sekarang ini adalah disebabkan kezaliman Sajat yang mempersendakan hukuman Tuhan lagilah isu lelaki yang menyerupai wanita (berhijab) menyentuh Kaabah dan di Tanah Suci Makkah.

"Sajat telah mencemarkan Islam dan sekarang dunia telah menjadi panas API NERAKA", kata Zahlim.

"Dosa besar yang dilakukan Sajat tidak boleh dimaafkan. Lihatlah virus yang melanda dunia sekarang ini! Itulah tanda akhir zaman dan Sajat salah satu puncanya", sampai bila Kementerian berwajib akan ambil tindakan!", luah Azmi.

"Noreen menyatakan kekesalahnnya, Sajat mempersendakan Islam sanggup menunjuk bahawa Agama Islam itu hina sehina - hinanya. Dengan banyaknya duit, Sajat sanggup menyogok ibu bapa, keluarga serta Kementerian berwajib untuk menutup mata segala perbuatannya. Mungkin Tuhan akan balas perbuatan Sajat itu. Kita tunggu Sajat akan menyesal atau tidak!"

"Tanah Suci Makkah sekarang sedang dicuci bersih akibat dari perbuatan penghinaan dari seorang lelaki berpakaian wanita di sana! Malu saya malu sangat atas perbuatan Sajat yang bongkak itu. Nama Malaysia (sebuah negara Islam) yang ternama sekarang tercalar oleh Maknyah yang mengaku dirinya suci tapi hakikatnya semua tahu", luah Siti Nordianah.

Semoga kita semua mendapat Iktibar dari apa yang berlaku dan melanda dunia sekarang ini. 

Bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka untuk kita semua. Aamin.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/03/tuhan-murka-lelaki-bertelekung-cium.html

    返信削除

Featured post

FAT-BURNING PROTEINS FROM JAPAN RESEARCHERS

FAT-BURNING PROTEINS FROM JAPAN RESEARCHERS @Jr_Paku Midin Channel KOBE A Japanese research team has found protein variants that increase du...