2020年3月31日火曜日

Dia Pujuk Rayu Saya ! - Syed Saddiq


WANG TUNAI RM 250,000 YANG HILANG DI KEDIAMAN SYED SADDIQ BUKAN MILIK PPBM !

Bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Abdul Rahman meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan dengan kehilangan wang tunai RM 250,000 di kediamannya.

Beberapa jam yang lalu, beberapa media melaporkan wang tunai yang hilang dari simpanan peti besi di tingkat atas kediamannya adalah milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Menafikan berita berkenaan, laporan berkenaan kehilangan tersebut sudah dilakukan di Balai Polis Sungai Way, Petaling Jaya pada 30 Mac 2020.

Tidak dapat mengesahkan jumlah sebenar, Syed Saddiq memaklumkan kali terakhir beliau membuka peti besi berkenaan adalah pada 13 ataupun 14 Mac 2020 yang lalu.

Menjadi misteri, peti besi berkenaan bebas kesan umpilan malah keadaan rumah serta bilik adalah kemas tanpa sebarang tanda pecah masuk pencuri. Turut ditahan adalah pembantu rumah warga Indonesia bagi membantu siasatan kes tersebut.

Meminta orang ramai untuk tidak mudah membuat spekulasi, Syed Saddiq yang merupakan Ketua Pemuda Armada Bersatu memberitahu beliau hanya menyedari wang berkeaan hilang adalah pada jam 7 malam pada 28 Mac 2020 yang lalu.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Laporan polis telah pun dibuat pada 29 Mac 2020 ( Ahad ) pada jam 2042 malam.

Terdahulu, Syed Saddiq semasa menyandang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia pernah menyuarakan isu berkaitan dengan elaun pelajar latihan industri yang mana mewajibkan agensi kerajaan dan juga swasta untuk membayar elaun RM 5.00 sejam berbanding sebelum ini bernilai RM 1.60 sejam.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/03/dia-pujuk-rayu-saya-syed-saddiq.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<