2020年4月8日水曜日

PRIHATIN BANTUAN RM 1.15 BILION KHAS UNTUK RAKYAT SARAWAK AKIBAT COVID 19 - KM ABANG JOHARI

COVID-19 : SARAWAK PERUNTUK BANTUAN RM 1.15 BILION

KUCHING : Sarawak memperuntukkan RM 1.15 bilion di bawah 'Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang' bagi mengurangkan kesan kelembapan ekonomi dan kesulitan yang dihadapi rakyat akibat wabak KoronaVirus (COVID-19).

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, dana berkenaan akan disalurkan melalui 16 langkah proaktif terutama kepada barisan hadapan, isi rumah dan komuniti perniagaan yang amat memerlukan sokongan ketika ini.

"Ia adalah langkah proaktif oleh GPS (Gabungan Parti Sarawak) untuk kesejahteraan rakyat Bumi Kenyalang," katanya pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Langkah berkenaan termasuk diskaun bil elektrik untuk kegunaan domestik, komersial dan pengguna industri sebanyak lima hingga 25 peratus bagi tempoh April hingga September 2020, yang akan memberikan manfaat kepada hampir 686,847 pengguna seluruh Negeri Sarawak.

"Diskaun 10 hingga 25 peratus terhadap bil air bulanan juga diberikan kepada pengguna domestik, komersial, dan industri bagi tempoh yang sama. Diskaun secara 'one-off' ini akan memberi manfaat kepada 568,247 pengguna di seluruh negeri,"katanya.

Abang Johari turut mengumumkan insentif khas bulanan RM 300 selama enam bulan bermula April kepada 6,232 doktor perubatan, jururawat dan kakitangan perubatan yang bekerja keras di hospital dan klinik seluruh Negeri Sarawak.

Insentif khas bulanan sebanyak RM 200 juga akan diberikan kepada 535 anggota jabatan imigresen dalam tempoh yang sama atas khidmat mereka menjaga pintu masuk seluruh negeri, 3,395 anggota polis dan kakitangan bilik operasi negeri, 590 anggota Angkatan Tentera dan 590 anggota RELA.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Diskaun sebanyak 50 peratus juga diberikan bagi sewa ruang niaga dan gerai-gerai selama enam bulan sehingga September 2020 yang dijangka memberi manfaat kepada 10,000 penjaja di bawah kelolaan pihak berkuasa tempatan," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan memberi pengecualian ke atas yuran permit dan lesen peniaa serta penjaja pasar malam, tamu dan bazaar Ramadhan, di samping diskaun 25 peratus terhadap kadar penilaian tahunan yang melebihi RM 400 ke atas untuk perumahan, komersial, industri dan syarikat tujuan khas bagi 2020.

"Sebagai langkah membantu PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) terhadap aliran tunai dan mengurangkan bebanan kewangan mereka, Kerajaan Sarawak memutuskan untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman selama sembilan bulan berkuat kuasa April 2020," katanya.

Abang Johari berkata, kerajaan negeri juga mengarahkan dua juta penutup hidung dan mulut diedarkan kepada rakyat menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri. Kerajaan juga akan mendapatkan peralatan Perlindungan Peribadi (PPE), makanan dan lain-lain bekalan untuk petugas barisan hadapan yang terlibat dalam menjalankan ujian, mendiagnosis dan merawat pesakit berisiko COVID-19.

Langkah-langkah lain yang diumumkan termasuk pertambahan skim kredit mikro sebanyak RM 20 bilion untuk PKS bagi mengembangkan dan mengekalkan perniagaan mereka, 30 peratus diskaun untuk sewaan tanah, penangguhan premium tanah tahun 2020, pengecualian yuran lesen hotel dan rumah penginapan serta 50 peratus diskaun selama enam bulan terhadap skim perumahan Perbadanan Pembangunan Perumahan Negeri.

"Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang ini model yang mengimbangi antara rakyat dan perniagaan bagi mengurangkan impak kelembapan ekonomi akibat wabak COVID-19.

"Kerajaan GPS turut merasai kesusahan yang dialami oleh rakyat Sarawak ketika ini (dan) kita juga tidak tahu bila wabak ini akan berakhir namun marilah kita mengharunginya bersama-sama," katanya.

Selain itu, Abang Johari juga menyeru seluruh Rakyat Bumi Kenyalang berganding bahu untuk memastikan senantiasa berada di rumah, elakkan keluar tanpa keperluan, senantiasa menjaga kesihatan, bersih dan amalkan gaya hidup sihat bagi memastikan penularan COVID-19 di Negeri Sarawak.

" HIDUP SARAWAK "

" SARAWAKKU SAYANG "


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


@ Jackie San


1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/04/prihatin-bantuan-rm-115-bilion-khas.html

    返信削除

Featured post

KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN

  KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN @Jackie San Apr 6 / 11:00 AM   〜   4:45 PM Kanamara Matsuri (otherwise known as the “Penis Festiva...