2020年5月21日木曜日

Pemandu Cina Zalim Tendang Wanita Foodpanda


Frontliner Wanita Foodpanda Ditendang Lelaki Cina -  Biadap dan Tak Bermaruah 

KUALA LUMPUR:
Lelaki yang menendang dan juga menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita yang juga bekerja sebagai penghantar makanan (Foodpanda) yang berlaku di Bandar Puteri, Puchong semalam, 20 Mei 2020 (Rabu) tular di media sosial tidak akan terlepas dari hukuman dan tertuduh akan dipanggil ke Mahkamah Petaling Jaya pada 22 Mei 2020 (Jumaat).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana telah mencederakan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana juga mengeluarkan isyarat yang mengaibkan kehormatan lebih-lebih lagi kepada seorang wanita yang juga seorang Frontliner.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Kita telah menerima dua (2) laporan polis berhubung kejadian tersebut dan masing-masing daripada seorang wanita pekerja penghantar makanan Foodpanda berusia 26 tahun dan juga seorang lelaki berumur 61 tahun.

"Menerusi laporan polis yang dibuat wanita tersebut, kita jalankan siasatan dan kertas siasatan sudahpun dilengkapkan sebelum merujuk kepada pihak pendakwa raya hari ini dan arahan telah dikeluarkan untuk menuduk lelaki cina berkenaan.

"Bagaimanapun, pihak polis juga masih lagi menjalankan siasatan ke atas laporan yang dibuat oleh lelaki cina tersebut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, kata beliau pihaknya maklum mengenai penularan beberapa berita di media sosial terdapatnya pegawai di balai polis yang menyarankan agar wanita (Foodpanda) untuk menarik balik laporan polis dengan alasan rakan-rakan Foodpanda yang berada pada masa kejadian seramai lebih kurang 20 orang akan dipanggil ke balai. 


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Perkara ini telah menyebabkan pelbagai tohmahan dilemparkan kepada PDRM yang tidak menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan demi keselamatan semua pihak dan gagal menjalankan siasatan dengan adil.

"Perlu diingatkan perbuatan itu adalah satu kesalahan jenayah yang boleh diambil tindakan sewajarnya mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," kata beliau.

Semalam Berita Harian telah melaporkan satu kejadian perselisihan faham di antara seorang pekerja penghantar makanan (Foodpanda) dengan seorang pemandu kereta di Jalan Puteri 9/1 Bandar Puteri, Puchong, Selangor.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, pemandu kereta terbabit (cina) telah memarahi wanita berkenaan akibat memotong kereta dipandunya ketika pemandu kereta mahu membuat pusingan U di situ.

Pemandu kereta (cina) turut menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa dan juga menendang wanita tersebut beberapa kali sehingga menyebabkan wanita tersebut jatuh.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Dalam pada itu juga, dua (2) rakaman video termasuk satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu telah viral di media sosial sejak petang semalam dan telah menyebabkan netizen bengang dan marah dengan tindakan yang tidak berperikemanusiaan daripada pemandu cina tersebut yang dianggap kurang ajar.

Selain itu, Zuraida turut mengatakan bahawa tindakan pemandu cina yang menendang pekerja wanita Foodpanda adalah tidak wajar sama sekali dan amat zalim!

Zuraida Kamaruddin (Menteri perumahan dan Kerajaan Tempatan, menyelar perbuatan tidak wajar seorang lelaki cina yang telah mengasari dengan berkelakuan biadap dan zalim iaitu menendang dan mengasari seorang penghantar makanan wanita dalam kejadian di Bandar Puteri, Puchong, semalam.

Zuraida turut berkata, kejadian membabitkan tindakan keras dilakukan lelaki tersebut adalah zalim dan mesti dihentikan serta merta.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Tindakan jenayah ini perlu dihukum setimpal-timpalnya," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Zuraida berkata, wanita terbabit hanya cuba mencari rezeki dalam wabak COVID-19 melanda negara dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

"Tindakan lelaki cina seperti yang tular di media sosial (rakaman) dalam video berkenana adlaah suatu tindakan amat tidak wajar dan amat zalim.

"Ketika wabak COVID-19 melanda negara dan PKPB dilaksanakan, tuntutan mencari rezeki bagi menyara keluarga bukan lagi perkara yang mudah,"katanya.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa wanita berkenaan juga adalah seorang petugas barisan hadapan yang selayaknya dihormati setiap masyarakat dan keringatnya perlu dihargai dalam usaha negara memerangi pandemik COVID-19. Bahkan wanita tersebut seorang muslim dan timbang rasa harus diterapkan terutamanya sesama manusia lebih-lebih lagi umat Islam yang sedang menjalani ibadah Puasa di Bulan yang mulia ini.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Pengorbanan mereka sungguh tidak terkira, sanggup bekerja meredah hujan lebat dan terik matahari semata-mata untuk memudahkan urusan orang ramai mendapatkan makanan, sekali gus membantu kempen dilaksanakan kerajaan iaitu #StayAtHome.

"Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia, tidak kira walau di mana jua berada, tidak kira kaum, agama apa sekalipun, kita haruslah menanamkan dalam diri untuk senantiasa patuh kepada undang-undang negara dan juga terus menaruh sepenuh keyakinan kepada pihak berkuasa, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyelesaikan isu ini dengan tertib, disiplin dan aman demi kesejahteraan Seluruh Malaysia.

"Pada masa yang sama, marilah kita sebagai rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama, terus saling hormat-menghormati antara satu sama lain," katanya.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San


1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/05/pemandu-cina-zalim-tendang-wanita.html

    返信削除

Featured post

New Comer’s Student In Japan and Graduates Party MSc Student Fall Semester

   https://youtu.be/jnWxZqic5W0?si=jtqR1_4WfO9-oZCB >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE<<<