2020年5月21日木曜日

LELAKI CINA MENGAKU TIDAK BERSALAH TENDANG DAN ISYARAT LUCAH KEPADA WANITA FOODPANDA


Lelaki Cina Tendang dan Tunjuk Isyarat Lucah Mengaku Tidak Bersalah

PETALING JAYA:

Lelaki cina yang tular di media sosial dalam video menendang berkali-kali serta tunjuk isyarat lucah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, terhadap dua (2) pertuduhan iaitu mencederakan serta dengan niat menganggu kesantunan seorang wanita, Isnin, 18 Mei 2020.

Hii King, 61, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Mengikut pertuduhan pertama, Hii King didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Shazleena Shazmi, 24, dengan menendang beberapa kali dalam video yang tular dari dua video. Beliau bekerja sebagai penghantar makanan Foodpanda.

Bagi pertuduhan kedua pula, Hii King didakwa dengan niat sengaja menganggu kesantunan seorang wanita, Shazleena dengan menunjukkan isyarat lucah jari tengah.

Hii King didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Jalan Puteri 9/1, Bandar Puteri, Puchong, kira-kira jam 4.10 petang, pada 18 Mei 2020 (Isnin) lalu.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Bagi pertuduhan pertama, Hii King didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau didenda maksimum RM 2,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Mengikut pertuduhan kedua pula, Hii King didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima (5) tahun, denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amir Abdul Hamid memohon mahkamah menetapkan jaminan RM 6,000 ke atas tertuduh, selain syarat tambahan supaya tertuduh tidak menganggu atau menghampiri mangsa dan saksi kejadian.

Bagaimanapun, Mohd Ikhwan kemudian membenarkan tertuduh dijamin dengan RM 4,000 bagi kedua-dua pertuduhan, selain menetapkan 16 Julai 2020 ini bagi sebutan semua kes tersebut. Tertuduh diwakili peguam Lim Tien Loong.

Sebelum ini media melaporkan mengenai satu kejadian perselisihan faham di antara seorang pekerja penghantar makanan Foodpanda dengan seorang pemandu cina yang ketika itu memandu kereta di Jalan Puteri 9/1 Bandar Puteri, Puchong.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, tertuduh memarahi mangsa kerana memotong kereta dipandunya ketika dia mahu membuat pusingan U di situ.

Hii King terus menendang berkali- kali sambil menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa dan mangsa telah terjatuh akibat tendangan Hii King. 


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Dalam pada itu dua (2) rakaman video yang tular sebagai bukti kukuh termasuk satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu viral di media sosial sejak petang semalam.

Tularnya video berkaitan telah mendapat tohmahan dan kejian daripada netizen berhubung tiada kesopanan, simpati serta budaya buruk yang ditunjukkan oleh pemandu cina berkenaan amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Netizen turut menyarankan agar pihak Polis dan Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman setimpalnya akibat kekejaman yang Hii King lakukan kepada Wanita Foodpanda yang mencari rezeki yang halal lagi - lagilah semasa bulan yang mulia Ramadhan ini. 

Cara yang ditunjukkan bukan budaya masyarakat Malaysia. Sikap yang ditunjukkan dengan menendang, menunjuk isyarat lucah serta cuba lari dari kesalahan tidak wajar dan mesti dihukum sekeras-kerasnya.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


@ Jackie San



1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/05/lelaki-cina-mengaku-tidak-bersalah.html

    返信削除

Featured post

Meriahnya kampus lucky draw (FURICO SOUTH CAMPUS)

  https://youtu.be/Bxw4uK1I4Vg?si=IBBJzonyQLCwbCzX >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH<<<