2020年7月17日金曜日

3,957 Kematian dan 83,130 Positif COVID-19 Di Indonesia

JAKARTA : Kes Positif COVID-19 di Negara Indonesia kini telah menjangkau hampir 84,000 kes, iaitu tambahan kes terbaru dalam tempoh 24 jam seramai 1,462 kes.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengahari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 84 kematian akibat wabak COVID-19 dicatatkan dan ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini berjumlah 3,957 orang.

"Sebanyak 46,493 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19, " katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Provinsi Jawa Timur telah mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,338 kes wabak COVID-19, diikuti Jakarta (719 kes), Jawa Tengah (seramai 285 kes), Sulawesi Selatan (236 kes) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Negara Indonesia.


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/07/3957-kematian-dan-83130-positif-covid.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<