2020年7月18日土曜日

VIRAL TERKINI "KLUSTER TERBARU DI PASAR STUTONG, KUCHING SARAWAK " - COVID -19


KLUSTER TERBARU DI PASAR STUTONG, KUCHING SARAWAK

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan satu lagi kluster terbaru wujud di Sarawak selepas Kluster Kidurong, Bintulu. Kluster terbaru itu hadir di Bandaraya Kuching iaitu Pasar Stutong.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dan turut mengumumkan Kluster Stutong dikesan di sebuah pasar awam di Stutong (Pasar Stutong).

Ujarnya lagi, kluster tersebut dikesan hasil saringan wabak COVID-19 yang melibatkan penjaja-penjaja pasar Stutong tersebut dan telah dikenalpasti sebagai salah satu agen penyebaran ataupun satu kumpulan sasar dalam pendekatan tertumpu bagi menyebarkan wabak virus tersebut.

"Sehingga 18 Julai 2020 (Sabtu), jam 12 tengahari, 218 orang penjaja telah dilakukan saringan, iaitu yang terdiri daripada 213 warganegara Malaysia dan melibatkan lima (5) orang bukan warganegara yang terdiri daripada warga China, Seorang warga Indonesia dan seorang warga Vietnam.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Daripada jumlah saringan tersebut, 56 orang telahpun diambil sampel. Keputusan terhadap persampelan setakat ini, dua (2) kes telah dikesan positif kepada COVID-19 dan 54 adalah hasilnya negatif," katanya dalam satu kenyatan hari ini.

Jelasnya lagi, pasar tersebut telah diarahkan tutup buat sementara waktu bagi perlaksanaan aktiviti pencegahan dan juga mengawal penularan jangkitan seperti proses pembersihan dan juga aktiviti nyah kuman.

Manakala punca jangkitan kluster adalah masih di dalam proses siasatan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/07/viral-terkini-kluster-terbaru-di-pasar.html

    返信削除

Featured post

KAGOSHIMA CITY AQUARIUM

   https://youtu.be/SMoaLhP-O2M?si=X8-2xlz4_dtSwgvI >>> MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE <<<