2020年7月19日日曜日

VIRAL " Kejam Sanggup Bakar Kucing Hidup Hidup "


 " BERSIKAP KEJAM, BAKAR KUCING HIDUP-HIDUP "

Kuala Lumpur : 
Persatuan Haiwan Malaysia (Malaysia Animal Association) menawarkan ganjaran sebanyak RM 10,000.00 kepada sesiapa pun yang mempunyai maklumat mengenai kekejaman terkini insiden berlakunya kucing mati dipercayai dibakar hidup-hidup.

Menurut persatuan itu lagi menerusi satu hantaran di Laman Facebook rasminya hari ini, bahawa ia mendapat maklumat tidak lengkap dengan ada yang mengatakan kejadian berlaku di Negeri Pahang namun butiran tidak disertakan dengan bukti yang kukuh untuk membantu siasatan seterusnya.

"Malaysia Animat Association menaikkan tawaran ganjaran daripada jumlah RM 3,000.00 kepada RM 10,000.00 bagi mana-mana individu atau mana-mana kumpulan yang boleh memberikan maklumat serta mengesahkan aksi anak kucing yang dibakar hidup-hidup dengan kaedah mencurah minyak lalu mencucuh api menggunakan pemetik api di Pahang itu."

Persatuan itu turut merayu agar maklumat lengkap dengan laporan polis dapat diambil sehingga pelaku berjaya ditangkap, didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman setimpal/semaksimum atas kezaliman yang dilakukan olehnya sanggup membakar anak kucing itu hidup-hidup sekiranya benar kejadian dan pelaku rakyat Malaysia.

Terdahulu lagi, persatuan tersebut memuat naik satu klip video berdurasi 45 saat yang memaparkan seekor anak kucing sedang dibakar dan perbuatan zalim itu dirakam sendiri oleh pelakunya dan disahkan di Negeri Pahang asalnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat digesa untuk memberikan maklumat dengan kadar segera melalui aplikasi WhatsApp di talian 011-20901097 dan akan diberikan ganjaran RM 10,000.00 atas kerjasama beserta bukti.



@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/07/viral-kejam-sanggup-bakar-kuching-hidup.html

    返信削除

Featured post

FAT-BURNING PROTEINS FROM JAPAN RESEARCHERS

FAT-BURNING PROTEINS FROM JAPAN RESEARCHERS @Jr_Paku Midin Channel KOBE A Japanese research team has found protein variants that increase du...