VIRAL " Mural Diconteng Pesalah Harus Ditangkap dan Hukuman Berat "


Titah Sultan Selangor " Perlakuan Tidak Bermoral Harus Ditangkap dan Dihukum Segera ! "

SHAH ALAM : Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Selangor hari ini melahirkan rasa murka dan sangat berdukacita dengan kejadian tidak bermoral dan tidak patuh kepada rukun negara terhadap vandalisme mural pemimpin negara yang berlaku di Taman Cahaya Alam dekat Seksyen U12 di sini.

Sultan Sharafuddin menerusi satu kenyataan dikeluarkan Istana Selangor, bertitah contengan kata-kata kesat di atas lukisan mural gambar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan serta beberapa pemimpin - pemimpin lain itu sebagai perbuatan yang sangat biadap dan tidak bermoral. Ini adalah perlakuan yang sangat tidak bermoral dan biadap sekali.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Baginda juga kesal dan rasa kecewa kerana kejadian ke atas sebuah hasil karya seni ini berlaku di Negeri Selangor.

"Baginda menghargai karya seni pelukis tempatan seumpamanya, "titah baginda hari ini.

Sultan Sharafuddin juga berpandangan kejadian itu bukan dilakukan orang kurang siuman atau budak-budak nakal, tetapi lebih kepada bermotifkan politik kebencian, perkauman dan gagal menerapkan jati diri kepada kepercayaan dan kepatuhan prinsip Rukun Negara.

"Baginda berharap pelaku dapat ditangkap segera, dihukum setimpalnya dan diharapkan ke muka pengadilan, " Titah Baginda.


@ Jackie San

Comments

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/07/viral-mural-diconteng-pesalah-harus.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts