2020年7月6日月曜日

Al Jazeera Kecam Malaysia

Berita Fitnah Dari Al Jazeera !

Malaysia mengecam sepenuhnya berita yang dilaporkan oleh media antarabangsa yang begitu zalim ke atas negara kita iaitu Al Jazeera yang telah membuat tuduhan membuta tuli terhadap usaha negara ini dalam mengawal penularan Wabak COVID-19 terutama membabitkan warga asing di negara kita.

Menteri Kanan (KESELAMATAN), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata laporang media Al Jazeera jelas tidak tepat dan berniat dengan sengaja memburuk-burukkan nama baik Negara Malaysia.

Katanya juga, tuduhan ke atas Malaysia yang tidak memberikan layaran istimewa secara adil kepada semua pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan adalah tidak benar, sebaliknya tindakan yang dibuat adalah berdasarkan undang-undang negara ini.

"Tuduhan ke atas Malaysia yang mengurung pendatang asing tanpa izin (PATI) adalah tidak benar. Bukan setakat PATI, tapi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di kawasan-kawasan lain seperti pusat tahfiz di Hulu Langat dan perkampungan Hulu Langat juga dikurung. Bukan sahaja yang membabitkan warga asing itu semata-mata.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Warga tempatan kita senantiasa membuat kawalan untuk mempastikan tiada ada mereka yang keluar dari dalam dan individu dari luar senang masuk ke dalam. Ini semua bagi mempastikan mereka semua yang ditempatkan di lokasi tersebut senantiasa selamat dan aman," katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa pada sidang media selepas mesyuara khas menteri berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya hari ini.

Selain itu, setiap individu dalam PKPD akan dilakukan saringan termasuk PATI dengan kos saringan yang akan ditanggung oleh kerajaan Malaysia.

"Tuduhan sewenang-wenangnya oleh Media Al Jazeera itu yang dilihat rasis kepada kerajaan Malaysia itu adalah tidak benar seperti yang dilaporkan. Apa yang dilakukan berdasarkan undang-undang negara ini. Kita juga menggunakan akta imigresen untuk menangkap mereka yang tidak mempunyai dokumen yang sah.

"Tanya Al Jazeera. Berikan mana-mana negara yang sehingga kini membenarkan warga asing yang tiada dokumen boleh bebas di negara mereka jika dibandingkan dengan kebebasan warga asing yang terkandas semasa PKP yang masih berada di Malaysia. Kita taja mereka, kita bagi kemudahan dan bantuan serta kita tidak pernah menyekat pergerakan mereka asalkan mereka semua patuh kepada undang-udang SOP yang ditetapkan oleh Malaysia. Saya carab Al Jazeera tunjukkan negara mana yang memberikan kebebasan mutlak berbanding negara Malaysia. Setahu saya tiada kecuali Malaysia, " Katanya.


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/07/al-jazeera-kecam-malaysia.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<