2020年7月12日日曜日

Indonesia Lepasi Angka 75,000 Positif COVID-19

JAKARTA :
Kes Positif COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 75,000 dengan pertambahan kes baharu hampir 1,700 kes dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap kepada Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengahari kelmarin sehingga 12 tengahari ini, 71 kematian terbaru direkodkan dan menjadikan jumlah keseluruhan kematian adlaha 3,606 orang.

"Kes positif Wabak COVID-19 kini berjumlah 75,699 kes manakala sebanyak 14,515 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19," katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Provinsi Jawa Timur telah mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 1,208 kes, diikuti Daerah Jakarta sebanyak 691 kes, Jawa Tengah (240 kes), Sulawesi Selatan sebanyak 223 kes dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Negara Indonesia.

Provinsi itu juga mencatatkan kes positif Wabak COVID-19 tertinggi keseluruhan iaitu sebanyak 16,658 kes, diikuti Bandaraya Jakarta (14,517 kes) dan selebihnya di 32 lagi provinsi lain di Negara Indonesia.


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/07/indonesia-lepasi-angka-75000-positif.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<