2020年7月12日日曜日

Gelombang Kedua COVID-19 Sarawak Sudah Siap Sedia

Rangka Strategi, Sarawak Sudah Siap Sedia Sekiranya Berlakunya Gelombang Kedua COVID-19

KUCHING : Sarawak mengambil langkah persediaan lebih awal berbanding negeri lain di negara ini bagi mencegah gelombang kedua COVID-19 daripada berlaku dan menular di negeri Bumi Kenyalang itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Jawatankuasa Pasukan Bertindak (Pengawalan dan Pencegahan) telah memberikan laporan kepada jawatankuasa itu bagi tindakan yang akan diambil sekiranya berlaku penularan dan gelombang kedua wabak COVID-19.

Penerangan laporan yang diketuai oleh Profesor Datu Dr Andrew Kiyu dari Fakulti Perubatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) itu memberikan gambaran awal serta contoh keadaan dan senario penularan COVID-19 di beberapa buah negara luar yang sedang mengalami gelombang kedua COVID-19.

"Rakyat Sarawak harus mempelajari apa yang berlaku di Hokkaido Jepun dan juga Negara Singapura. JPBN sedang merangka strategi terbaik bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya gelombang kedua COVID-19.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Setelah dirangka, ia akan dilaksanakan oleh JPBN. Apa yang lebih penting buat masa ini adalah semua rakyat Sarawak mempunyai peranan besar dalam menentukan perkara ini daripada tidak berlaku dengan mengamalkan serta senantiasa mematuhi SOP COVID-19 dari menular.

Dalam pada itu juga, menyentuh mengenai proses penghantaran pulang pelajar, seramai 8,448 mahasiswa telah diselaras oleh JPBN di mana mereka tiba dari Semenanjung, Sabah dan juga Labuan.

Manakala, bagi pusat kuarantin pula, beliau memaklumkan terdapatnya 61 buah pusat kuarantin yang telah dibuka dengan jumlah keseluruhan sebanyak 3,837 buah pusat.

Antara keputusan lain yang turut diumumkan dalam sidang media itu adalah berkenaan pengoperasian semula bistro dengan syarat tanpa menyediakan perkhidmatan hiburan seperti karaoke dan juga live band.

Di samping itu juga, Uggah memaklumkan setiap rakyat di negeri Sarawak yang tiba dari luar negara melalui transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ataupun melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu tidak perlu memohon permit daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Beliau dalam masa yang sama juga menyuarakan keprihatinan ke atas keperluan anak tempatan untuk kembali ke tanah air khasnya bagi mereka yang telah menempah tiket penerbangan.

Oleh itu, pihak JPBN telah meneliti perkara ini dan mereka yang perlu pulang haruslah memohon kepada JPBN secara talian dan akan dikuarantin selama 14 hari sejurus sahaja tiba di Negeri Sarawak.


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/07/gelombang-kedua-covid-19-sarawak-sudah.html

    返信削除

Featured post

Kagoshima City Aquarium & Interesting About Dolphin Performance

   https://youtu.be/DdQNaf-gYQw?si=NMbNfkpaWKnGhLej >>> MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH <<<