Thursday, 9 July 2020

Rakyat Limbang dan Lawas Semakin Dibebani


01 Ogos 2020 Brunei Kuat Kuasakan Caj Perjalanan Lintas Sempadan

Mulai 01 Ogos 2020 ( Sabtu ): Negara Brunei Darussalam akan mengenakan caj lintas sempadan sebanyak B$3 (RM 9.18 kadar tukaran asing) ke atas setiap individu yang melintas sempadan (keluar/masuk) ke negara itu melalui pos-pos kawalan sempadan daratnya sama ada menerusi Miri - Limbang - Lawas.

Kementerian Kewangan dan Ekonomi Negara Brunei Darussalam dalam satu kenyataan hari ini berkata caj berkenaan dikuat kuasakan di bawah Perintah Bayaran-Bayaran Keluar dan Masuk 2020 yang memberi kuasa kepada Pengawal Kastam dan Eksais Diraja negara Brunei berbuat demikian.

"Objektif utama pelaksanaan caj sempadan ini adalah bagi menyelaraskan bayaran dan caj-caj yang telah dikenakan dan berjalan pada masa ini kepada orang ramai yang keluar dari ataupun masuk ke Negara Brunei Darussalam melalui udara dan laut," demikian menurut kenyataan hari ini.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Selain itu, caj yang dikenakan ke atas semua warganegara termasuk rakyat Brunei Darussalam sendiri yang bertujuan untuk keluar dari ataupun masuk ke Negara Brunei Darussalam melalui pos-pos kawalan darat sama ada menggunakan kenderaan ataupun yang berjalan kaki.

Bagaimanapun, caj sedemikian dikecualikan ke atas individu-individu yang berada dlaam kenderaan kerajaan Brunei dan kerajaan negara luar untuk tujuan rasmi kerajaan, kenderaan untuk tujuan pengebumian, petugas konsulat, petugas kerajaan Brunei Darussalam yang menjalankan tugas rasmi dan kanak-kanak yang berumur dua tahun dan ke bawah.

Kementerian itu berkata, mereka yang berhasrat untuk membuat perjalanan keluar atau masuk ke Negara Brunei Darussalam melalui pos-pos kawalan darat hendaklah mendaftar secara dalam talian menerusi Exit and Entery System (EES) Jabatan Kastam dan Eksais Dirajanya menerusi  https://login.bdnsw.gov.bn/ees.

"Mereka yang hendak membuat perjalanan bagi tujuan masuk atau keluar dari Negara Brunei Darussalam ini hendaklah memasukkan maklumat pemandu dan setiap penumpang yang akan turut serta dalam perjalanan berkenaan dan pembayaran secara dalam talian," katanya.

Mereka yang bercadang untuk membuat perjalanan ini juga dikehendaki memastikan dokumen perjalanan seperti pasport, visa mahupun permit kenderaan masih sah sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga (3) bulan. 


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San



1 comment:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/07/rakyat-limbang-dan-lawas-semakin.html

    ReplyDelete

Featured post

The Thriller Film Sinks Teeth Into Hungary's Opposition !

 THRILLER FILM SINKS TEETH INTO HUNGARY'S OPPOSITION     " We screwed up," reads the giant billboard on the highway into Budap...