2020年7月25日土曜日

Kluster Bukit Tiram dan Kuching - COVID 19


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kesan Dua (2) Kluster Baharu, 25 Julai 2020

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan Malaysia (KK) telah mengenalpasti dua (2) lagi kluster baharu penyebaran wabak dan jangkitan COVID-19 di negara ini hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia terdiri daripada Kluster Syarikat Pembinaan di Kuching Sarawak dan Kluster Bukit Tiram.

Bagi Kluster baharu yang berpunca daripada Sebuah Pusat Keagamaan di Taman Bukit Tiram, Johor Bahru akibat pengesanan dua (2) kes positif COVID-19 (Kluster Bukit Tiram) dan ianya membabitkan individu bukan daripada warganegara kita yang menetap di Malaysia dan kakitangan pusat tersebut.

"Kedua - dua kes positif ini mula mengalami gejala pada 15 Julai 2020 yang lalu namun tidak mendapatkan rawatan segera sebelum mereka melakukan saringan COVID-19 dan telahpun dikesan sebagai positif COVID-19 pada 24 Julai 2020.

"Sehingga 25 Julai 2020 (Sabtu), terdapat dua (2) kes positif dan 10 kontak rapat telahpun dikenalpasti dalam kluster ini. Kesemua mereka telah membuat saringan dan masih menunggu keputusan masing-masing.

"Siasatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif (Active Case Detection) masih diteruskan. Punca jangkitan kluster masih turut disiasat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Sementara itu juga, bagi Kluster di Kuching Sarawak yang berpunca dari Syarikat Pembinaan di Kuching, Dr Noor Hisham berkata, kes pertama merupakan kes positif COVID-19 yang dikesan pada 11 Julai 2020 (iaitu kes ke - 8715).

Katanya lagi, melalui siasatan yang telah dijalankan di Syarikat Pembinaan Kuching tersebut, sebanyak 55 orang kontak rapat telah dikenalpasti yang terdiri daripada lima (5) orang rakan serumah dan 50 orang lagi rakan sekerja beliau.

"Kesemua kontak ini telah melakukan saringan dan didapati negatif COVID-19. Kluster ini dikenalpasti apabila satu kes positif (iaitu kes ke-8881) yang dikesan daripada saringan ulangan kontak rapat kes ke - 8715.

"Aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) masih lagi diteruskan. Punca jangkitan kluster masih dalam siasatan pihak KKM," Jelasnya.


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/07/kluster-bukit-tiram-dan-kuching-covid-19.html

    返信削除

Featured post

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN @Jackie San KUMAMOTO Police in Kumamoto City, Kumamoto Prefecture, ...