Sunday, 26 July 2020

VIRAL " Sarawak Sudah Sedia Jika PKP Dilaksanakan Semula - COVID 19 "

Polis Sarawak Sudah Sedia Jika PKP Dilaksanakan Semula

KUCHING : Polis Sarawak sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan jika prosedur pengendalian standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilonggarkan sebelum ini di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP) dilaksanakan semula.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidil Ismail berkata demikian dan pihaknya hanya menunggu lampu hijau pengumuman daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) untuk melakukan penguatkuasaan dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 di Bumi Kenyalang ini.

"Kita (PDRM Sarawak) memang telah bersedia sejak awal lagi untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. JPBNS akan mengumumkan tindakan (berkaitan) bagi membendung penularan wabak ini dan kita sudah bersedia bagi melaksanakan penguatkuasaan seperti yang diarahkan," katanya.

Dalam pada itu juga, sepanjang tempoh penguatkuasaan PKPP, sejumlah 402 individu yang telah dikompaun di seluruh negeri Sarawak.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Menteri Kanan (Kluster Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam laporan Bernama hari ini turut berkata, kerajaan akan melaksanakan semula PKP jika kes COVID-19 kembali mencecah tiga angka.

Beliau berkata kerajaan tidak mempunyai pilihan selain menguatkuasakan semula PKP fasa satu itu bagi membendung penularan pandemik Koronavirus.

"Jika sudah mencapai tiga (3) angka, kita tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa memperkenalkan semula PKP dan kita akan melihat lebih mendalam perkara ini.

"Saya memahami jika PKP dikuatkuasakan semula, ia akan menyukarkan semua pihak termasuk kita yang mahu bekerja, menjalankan aktiviti seperti biasa dan semuanya terbatas," katanya Ismail Sabri yang dipetik berkata.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan mengulas peningkatan kes COVID-19 di negara ini sejak kebelakangan ini.

Beliau juga berkata peningkatan semula kes jangkitan kepada dua angka berpunca daripada sifat sambil lewa, kealpaan serta tidak memandang serius termasuk melanggar SOP yang telah ditetapkan.

"Isnin, 27 Julai 2020 satu mesyuarat bagi membincangkan pelbagai perkara dan sekiranya kerajaan membuat keputusan berkaitan perkara ini, seluruh rakyat mestilah patuh kepada peraturan serta arahan kerajaan nanti.


@ Jackie San

1 comment:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/07/viral-sarawak-sudah-sedia-jika-pkp.html

    ReplyDelete

Featured post

The Thriller Film Sinks Teeth Into Hungary's Opposition !

 THRILLER FILM SINKS TEETH INTO HUNGARY'S OPPOSITION     " We screwed up," reads the giant billboard on the highway into Budap...