VIRAL " Angkara Duit & Teman Wanita, Pensyarah Dijerut Sampai Mati "

KES BUNUH PENSYARAH HAMPIR SELESAI, MOTIF SUDAH DIKENAL PASTI POLIS

" Anggota Unit Scuba Pasukan Polis Marin sibuk mencari bahan bukti di lokasi pembunuhan seorang pensyarah di Tasik Putra Perdana, Putrajaya hari ini. "

Sepang : Kes bunuh seorang pensyarah Universiti tempatan yang mayatnya ditemukan di dalam sebuah kereta di pinggir tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya pada awal Khamis lepas boleh dianggap sudah selesai.

Ketika memaklumkan perkara tersebut kepada pemberita di sini hari ini, Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata motif pembunuhan sudah dikenal pasti oleh pihak polis.

Bagaimanapun siasatan termasuk pencarian bahan bukti iaitu telefon bimbit yang boleh disabitkan dengan perbuatan tetap diteruskan juga. Beliau turut menjawab pertanyaan berkaitan penugasan sekumpulan Pasukan Polis Marin menyelam di kawasan tasik Taman Putra Perdana di Puchong.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah KLIA di sini.

Sementara itu juga, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof yang ditemui pemberita pada majlis yang sama, turut memaklumkan bahawa siasatan telah mendapati suspek (suami mangsa) membuah tempahan perkhidmatan e-hailing untuk terus ke lokasi mangsa ditemui.


"Suspek (suami mangsa) berkata dia mencari isterinya yang tidak pulang ke rumah, namun telah menimbulkan keraguan apabila Grabcar yang ditempahnya terus ke lokasi kejadian, sedangkan jika benar beliau mencari orang atau isterinya yang hilang, kita akan pergi di merata tempat dahulu, " katanya.

Dalam kejadian kira - kira 1 pagi pada 30 Julai lepas (Khamis), Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia iaitu Profesor Madya Dr. Maizatulnisa Othman, 40 tahun, telah ditemukan mati di dalam sebuah kenderaan Myvi berhampiran tasik tersebut.

Susulan itu, polis telah menahan seorang lelaki (suami mangsa) yang berusia 41 tahun.

Menurut laporan, suspek dikatakan berpura-pura mencari isterinya yang tidak balik ke rumah dengan ditemani anak perempuan mereka yang berusia 14 tahun menggunakan perkhidmatan e-hailing selepas dipercayai membunuh isterinya (mangsa) dengan kaedah menjerut mangsa dengan menggunakan tudung yang dipakai oleh mangsa.

Kejadian dipercayai berlaku di Taman Mas, Putra Perdana pada Rabu lepas (29 Julai 2020) dan media turut melaorkan motif pembunuhan disebabkan suspek (suami mangsa) yang tidak dapat menerima hakikat yang isterinya (mangsa) telah memfailkan pengesahan perceraian perkahwinan mereka.

Mengulas lebih lanjut, Wan Kamarul Azran berkata polis telah mengambil keterangan anak perempuan mereka dan akan memanggil beberapa orang individu lain termasuk seorang wanita yang dikaitkan  dengan suspek (teman wanita) bagi diambil keterangan bagi tujuan membantu siasatan kes.

Lelaki (suami mangsa) direman sehingga Khamis ini dan Wan Kamarul Azran tidak menolak polis akan memohon perlanjutan perintah reman terhadap suspek yang dikatakan bertugas sebagai seorang sukarelawan sebuah badan bukan kerajaan (NGO).



@ Jackie San


Comments

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/08/viral-angkara-duit-teman-wanita.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts