2020年8月15日土曜日

VIRAL " Kluster Tawar, Kluster Sala dan Kluster Muda Terbaharu di Kedah "

COVID - 19 Wujudnya Tiga (3) Kluster Baharu iaitu Kluster Muda, Kluster Sala dan Kluster Tawar Dari Negeri Kedah.


Kuala Lumpur : Kes Positif COVID-19 kini semakit melonjak apabila 26 kes baharu dikenalpasti dan dilaporkan pada hari ini 15 Ogos 2020 (Sabtu) yang membabitkan 23 kes penularan wabak COVID-19 dalam negara dan selebihnya iaitu tiga (3) kes import.


Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kes positif negara sebanyak 9, 175 kes dan jumlah kes yang aktif yang boleh menyebabkan kebolehjangkitan sebanyak 219 kes.


Beliau turut menjelaskan daripada 23 kes yang melibatkan penularan dalam negara, sebanyak 20 kes adalah melibatkan warganegara Malaysia dan tiga lagi melibatkan bukan warganegara Malaysia.


"Bagi kes penularan dalam negara adalah di kalangan warga Malaysia yang menetap di Negeri Kedah dan tiga (3) kes terdiri daripada kewujudan Kluster Baharu iaitu Kluster Sala, Kluster Tawar 10 kes dan satu (1) kes disebabkan oleh Kluster Muda. 


Manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula, satu (1) kes saringan di tempat kerja dan satu (1) kes pula kes hasil saringan kontak rapat kepada kes positif dari kes ke - 8,66.


" Manakala di Pulau Pinang pula, terdapat dua (2) kes hasil saringan Kluster Baharu iaitu Kluster Tawar kerana mereka merupakan kontak rapat kepada kes positif (kes ke - 9,129). 


Selain itu, di Johor Baharu dan juga Negeri Perlis pula masing-masing menyumbang satu (1) kes daripada hasil saringan pra pembedahan," katanya dalam satu kenyataan akhbar perkembangan COVID-19 negara hari ini.


Kes jangkitan tempatan yang melibatkan bukan warganegara Malaysia pula adalah hasil dua (2) kes saringan bagi tahanan yang merupakan pendatang tanpa izin di Negeri Sembilan dan satu (1) kes hasil saringan di tempat kerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Sementara itu juga, bagi tiga (3) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara (Austria, Amerika Syarikat dan Vietnam) yang melibatkan dua (2) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara.


Dr Noor Hisham Abdullah turut berkata, sebanyak tiga (3) kes telahpun pulih sepenuhnya daripada COVID-19 hari ini dan ianya menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya setakat ini adalah sebanyak 8,831 kes bersamaan 96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.


Beliau turut memaklumkan bahawa setakat ini, terdapat enam (6) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan satu (1) kes adalah memerlukan bantuan pernafasan.


Manakala, tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 di negara ini dan dilaporkan hari ini 15 Ogos 2020 (Sabtu) menjadikan jumlah kes kematian masih kekal 125 kes bersamaan 1.36 % daripada jumlah keseluruhan kes di Negara Malaysia Tercinta ini.


@ Jackie San




2 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/08/viral-kluster-tawar-kluster-sala-dan.html

    返信削除
  2. Am Laura Mildred by name, i was diagnosed with Herpes 4 years ago i lived in pain with the knowledge that i wasn't going to ever be well again i contacted so many herbal doctors on this issue and wasted a large sum of money but my condition never got better i was determined to get my life back so one day i saw Mr. Morrison Hansen post on how Dr. Emu saved him from Herpes with herbal medicine i contacted Dr. Emu on his Email: Emutemple@gmail.com we spoke on the issue i told him all that i went through and he told me not to worry that everything will be fine again so he prepared the medicine and send it to me and told me how to use it, after 14 days of usage I went to see the doctor for test,then the result was negative, am the happiest woman on earth now thanks to Dr. Emu God bless you. Email him at: Emutemple@gmail.com Whats-app or Call him: +2347012841542 

    返信削除

Featured post

Kagoshima City Aquarium And Sakurajima Ferry Terminal Kagoshima

  https://youtu.be/5oTOt19W8Cg?si=ZcQezugH_AcExNDl >>> MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE <<<