Tuesday, 15 September 2020

VIRAL " Manfaatkan Media Sosial Alat Mudah Berkempen PRN Sabah "

 


PRN Sabah : Manfaatkan Media Sosial Pemudah Kempen


Di sebalik kekangan untuk berkempen dalam norma baharu akibat wabak pandemik COVID-19 di seluruh dunia, amnya bagi Calon Barisan Nasional (BN) dan juga calon Perikatan Nasional (PN) memanfaatkan penggunaan media sosial seperti Twitter dan juga Facebook jentera untuk meraih sokongan kuat pengundi di kawasan masing-masing di seluruh Negeri Sabah.


Mereka juga dilihat menggunakan platform media sosial ini selain disebabkan tuntutan agar berubah kepada teknologi komunikasi yang bergerak begitu pantas serta kempen pembudayaan norma baharu bagi mencegah penularan ancaman pandemik COVID-19.


Bagi Calon BN sebagai contohnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu, Andy Muhammad Suryady Bandy, kaedah menggunakan media sosial sebagai jentera ini lebih menyasarkan golongan belia iaitu golongan yang celik teknologi khususnya yang tidak dapat menghadirkan diri dalam kempen terbuka dianjurkan kerana akibat kekangan prosedur operasi standard (SOP) semasa yang melanda seluruh dunia ini.


"Kita turut mahukan aktiviti berkempen seperti biasa diteruskan namun hakikatnya buat masa ini terbatas bagi mengelak penularan wabak COVID-19 dan disebabkan kekangan pada masa ini. Kita juga hadkan aktiviti perjumpaan atau pertemuan bersemuka kepada 250 peserta sahaja," katanya ketika ditemui hari ini.


Beliau turut memaklumkan bagi jentera Barisan Nasional , mereka akur dengan arahan itu dan akan berusaha menyatuni pengundi dengan bantuan rakan sekutu PN iaitu PAS Kalabakan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kalabakan.


"PAS Kawasan Kalabakan sangat memberi kerjasama yang erat dan menyokong kita, begitu juga dengan BERSATU Kalabakan yang menyatakan kesediaan untuk bersama-sama kita untuk mengekalkan kerusi DUN sebagai milik BN dan juga PN." Katanya yang merupakan juga Ketua Parti UMNO Bahagian Kalabakan.


Sementara itu juga, calon PN di DUN Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan turut memanfaatkan media sosial untuk berkempen, bagaimanapun sedaya upaya beliau untuk menemui semua pengundi melalui kaedah kempen dari rumah ke rumah.


"Kita mengikuti saranan yang telah ditetapkan dengan mengadakan penjarakkan sosial fizikal. Saya akan terus menerus terhadap tanggungjawab serta kerja saya sepertimana yang diakukan sebelum ini dan senantiasa untuk turun bersemuka dengan seluruh rakyat dan percaya hubungan dengan rakyat di kawasan DUN Apas adalah akrab," katanya.


Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke - 16 adalah melibatkan 73 kerusi DUN yang akan berlangsung pada 26 September 2020 nanti.



@ Jackie San

1 comment:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/09/viral-manfaatkan-media-sosial-alat.html

    ReplyDelete