2020年10月25日日曜日

VIRAL " Kes Aktif COVID - 19 Di Kampung Haji Baki Kuching Sarawak "



KUCHING Operasi pengesanan kes aktif (ACD) bagi penularan wabak pandemik COVID - 19 dilancarkan di Kampung Haji Baki, Kuching hari ini.


Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, operasi ini adalah susulan daripada dua (2) kluster yang dikesan di kawasan tersebut.


" Yang pertama adalah sebuah keluarga yang melibatkan tiga (3) mangsa dan seterusnya yang melibatkan lima (5) mangsa dari keluarga kedua (2).


" Jadi keseluruhannya, lapan (8) kes telah dikenalpasti positif di sini," katanya yang juga selaku pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).


Tambah Uggah lagi, Jabatan Kesihatan turut berpandangan terdapat kemungkinan wabak ini telah merebak kepada beberapa komuniti lagi.


Sebab itu katanya operasi ACD dijalankan yang melibatkan 100 petugas kesihatan di bawah Dr Majorie Ensayan Junting.


Terdahulu, Uggah bersama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Chin Zin Hing serta Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Lo Khere Chiang melawat pusat bagi ujian swab bagi operasi tersebut.


Dalam operasi yang dilaksanakan itu, kira - kira 600 penduduk dari Blok A Kampung Haji Baki telah diuji.


Mankala bagi penduduk di Blok B dan juga Blok C, mereka digalakkan untuk datang menjalankan ujian secara sukarela.


Bagi mereka yang sakit dan juga warga emas yang sukar bergerak, petugas kesihatan akan melawat mereka di rumah bagi tujuan pelaksanaan ujian.


Uggah turut menjelaskan bahawa operasi ACD tersebut adalah bagi mengawal penularan pandemik tersebut.


" Kita tidak boleh tunggu mereka yang dijangkiti mula menunjukkan simptom untuk datang bagi mendapatkan rawatan seperti yang berlaku di negeri lain ".


" Kemungkinan, virus tersebut sudah pun merebak lebih jauh dalam kalangan komuniti dan masyarakat kita," katanya.


Awal tahun ini, dua (2) operasi ACD telah dijalankan di kawasan perumahan Uni Garden di Kota Samarahan Sarawak dan juga Kampung Tabuan Melayu.


Operasi ACD katanya sangat berguna dan membantu JPBNS dalam mengawal virus daripada menular ke komuniti kita.


Uggah turut bersyukur melihat kerjasama yang erat di kalangan masyarakat Sarawak terutama di kalangan komuniti yang terjejas dengan wabak pandemik COVID-19 yang berlaku dalam Negeri Sarawak. Di samping itu beliau turut menzahirkan kegembiraan melihat kerjasama daripada penduduk yang hadir bagi menjalani ujian dalam operasi ACD di Kampung Haji Baki, Kuching, Sarawak.



@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/10/viral-kes-aktif-covid-19-di-kampung.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<