2020年10月24日土曜日

VIRAL " Sabah Dijangka Darurat - COVID 19 "



PDRM Sabah Sudah Bersedia !


...Jangan Panik Wahai Rakyat Sabah kerana ianya belum diputuskan lagi.


TAWAU : Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah sudah bersiap sedia dengan apa sekalipun sebarang kemungkinan yang akan berlaku termasuk sekiranya negara mengisytiharkan darurat akan berlaku di Negeri Di Bawah Bayu berikutan isu kes kematian dan positif Wabak Pandemik COVID-19 setiap hari meningkat.


Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya sudahpun melakukan persiapan lebih awal lagi dan juga anggota PDRM Sabah yang sudah dilatih demi untuk menangani masalah - masalah seperti rusuhan dijangka berlaku kelak.


" Masyarakat Sabah amnya dinasihatkan tidak perlu panik dahulu dengan berita - berita yang belum diputuskan lagi dan yakin dengan pasukan keselamatan negara untuk mengawal sebarang situasi yang akan menimpa negara kita.


" Isu Darurat tersebut bukanlah berkaitan dengan keselamatan negara terutamanya di Sabah, sebaliknya ianya hanya darurat yang diakibatkan bencana wabak COVID-19 supaya rantaian wabak tersebut dapat diputuskan segera dengan cepat, " katanya semasa ditemui di Pangkalan Pasukan Polis Marin (PPM), di sini.


Beliau turut mengulas lebih lanjut, sekiranya darurat bencana dilaksanakan, pergerakan perkhidmatan perlu (Insential Service) masih dibolehkan dan tidak timbul soal bekalan makanan akan turut terjejas.


" Kita hanya akan menyekat pergerakan orang awam sahaja kerana sekiranya masih tiada sekatan, selagi itu wabak pandemik COVID019 akan terus berterusan merebak.


" Orang awam amnya di Sabah harus sentiasa mematuhi semua prosedur yang telah ditetapkan terutama berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan supaya dapat membantu pihak berkuasa menangani wabak pandemik tersebut dan mengelak daripada sebarang tindakan," katanya.


Dalam pada itu juga, beliau turut memaklumkan sebanyak 1,890 kompaun yang telah dikeluarkan oleh PDRM Negeri Sabah sejak Bulan Mac 2020 lalu yang melibatkan kesalahan ingkar dengan pematuhan SOP COVID-19, sekatan jalan raya (SJR) dan juga kuarantin wajib.


" Sehingga kelmarin iaitu 23 Oktober 2020 (Jumaat) sebanyak 25 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di SJR dan ada di antara individu yang dikenakan kompaun dan menyebabkan mereka dihadapkan ke Mahkamah, " Katanya.


Terdahulu, Hazani melakukan pemeriksaan dan juga pemantauan di semua 64 SJR di Negeri Sabah untuk melihat sendiri kesiap siagaan petugas PDRM dan juga agensi lain semasa melakukan penugasan.


Seramai 1,282 orang anggota daripada pelbagai agensi terlibat dengan penugasan tersebut dan hasil pemeriksaan kesemua anggota memahami setiap tugasan yang diarahkan.



@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/10/viral-sabah-dijangka-darurat-covid-19.html

    返信削除

Featured post

FAT-BURNING PROTEINS FROM JAPAN RESEARCHERS

FAT-BURNING PROTEINS FROM JAPAN RESEARCHERS @Jr_Paku Midin Channel KOBE A Japanese research team has found protein variants that increase du...