2020年11月28日土曜日

VIRAL " Demi Wang RInggit Sanggup Curi Maklumat Pelanggan "



PEGAWAI KANAN SYARIKAT PENGHANTARAN DITAHAN AKIBAT CURI MAKLUMAT PERIBADI PELANGGAN


KUALA LUMPUR: 

Seorang pegawai kanan di sebuah syarikat penghantaran terkemuka di negara ini telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegarah Rasuah Malaysia (SPRM) pada 27 November 2020 (Jumaat) akibat dipercayai terlibat aktiviti mencuri maklumat dan juga data peribadi pelanggan milik agensi tersebut.


Suspek yang berusia 47 tahun itu telahpun ditahan dan beliau direman selama lima (5) hari selepas beliau hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM.


Dimaklumkan, pegawai kanan yang bertugas di bahagian e-dagang itu dipercayai mencuri maklumat peribadi pelanggan bagi tujuan membuat promosi sebuah syarikat lain miliknya dan syarikat tempat beliau bekerja adalah sama fungsi perkhidmatannya.


" SPRM pada masa ini sedang mengenalpasti sama ada terdapat penglibatan individu lain di syarikat yang sama dalam membuat kerja -  kerja mencuri maklumat peribadi pelanggan mereka.


" Siasatan lanjut dilakukan dan dibuat mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009."



@ Jackie San



1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/11/viral-demi-wang-ringgit-sanggup-curi.html

    返信削除

Featured post

3 PEOPLE WHOSE DEATHS LINKED TO DIETARY SUPPLEMENT INTAKE HAD PRIOR HEALTH ISSUES IN JAPAN

3 PEOPLE WHOSE DEATHS LINKED TO DIETARY SUPPLEMENT INTAKE HAD PRIOR HEALTH ISSUES IN JAP AN @Jackie San TOKYO Three of the five people repor...