2020年11月4日水曜日

VIRAL " Empat (4) Kluster Terbaharu Negara - COVID 19 "



KKM Ingin Memaklumkan Bahawa Terdapat Empat (4) Kluster Terbaharu Melanda Negara yang telah dikenalpasti pada hari ini tanggal 04 November 2020 iaitu wujud di :


a). Selangor (1 Kluster),

b). Sabah (1 Kluster),

c). Kedah (1 Kluster),

d). Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 Kluster)


1# KLUSTER JOO HWA, SABAH

Kluster baharu ini telah dikenalpasti berlaku di Tawau, Sabah. Kes indeks kluster Joo Hwa ini (iaitu kes ke - 10,273) adalah seorang lelaki warganegara dan berumur 31 tahun. Kes mula bergejala demam dan juga batuk sejak 14 September 2020 yang lalu. Saringan COVID-19 dikesan positif pada 20 September 2020. Susulan itu, saringan kontak rapat juga telah dijalankan dan empat (4) daripadanya adalah kes positif COVID-19 bagi Kluster Joo Hwa dikenalpasti. Kes positif dalam kluster ini adalah melibatkan empat (4) warganegara Malaysia dan satu (1) daripadanya adalah bukan warganegara. Mereka semua telah dimasukkan ke Hospital Tawau bagi rawatan lanjut.


2# KLUSTER BAH KETIL, KEDAH

Kluster baharu ini telah dikenalpasti berlaku di Daerah Baling dan juga Langkawi, Kedah. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11,129) adalah seorang lelaki warganegara yang berumur 39 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Tawau, Sabah pada 17 hingga 21 September 2020. Kes bergejala seperti batuk dan juga sakit otot bermula pada 24 September 2020 dan telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Sungai Petani, Kedah. Saringan COVID-19 kes indeks telah dikesan positif COVID-19 pada 28 September 2020. Susulan itu, saringan ke atas kontak rapat telah dijalankan dan lapan (8) lagi kes Positif COVID-19 bagi Kluster Bah Ketil, Kedah sudah dikenalpasti. Kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah dan juga Hospital Langkawi, Kedah bagi rawatan lanjut. Sehingga 01 Oktober 2020, 12 tengahari, sejumlah 252 individu telah disaring.


3# KLUSTER JALAN MERU, SELANGOR

Kluster ini telah dikenalpasti berlaku di Klang, Selangor. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11,148) adalah seorang lelaki warganegara dan berumur 30 tahun. kes mula bergejala sejak 24 September 2020 yang lalu. Saringan COVID-19 dikesan positif pada 29 September 2020 dan kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Susulan itu, saringan ke atas kontak rapat telah dijalankan dan tiga (3) daripadanya didapati kes positif COVID-19 bagi Kluster Jalan Meru dan sudah dikenalpasti. Semua kes positif ini adalah melibatkan warganegara Malaysia. Mereka semua telah dimasukkan ke Sungai Buloh bagi rawatan lanjut. Semua kontak rapat sedang dikenalpasti dan saringan sedang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat.


4# KLUSTER SELASIH, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Kluster baharu ini telah dikenalpasti berlaku di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11,134) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia dan berumur 37 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Kota Kinabalu, Kundasang dan juga Melangkap, Sabah pada 13 hingga 20 September 2020 dan juga 24 hingga 27 September 2020. Kes mula bergejala demam dan juga batuk sejak 25 September 2020. Kes tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada 27 September 2020 dan saringan COVID-19 mendapati beliau adalah positif COVID-19 pada 28 September 2020. Susulan itu, saringan kontak rapak telah dikenalpasti dan mendapati enam (6) kes positif ini iaitu melibatkan warganegara Malaysia. Mereka semua telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh bagi rawatan lanjut.


Sehingga 01 Oktober 2020, 12 Tengahari, sejumlah 28 individu telah disaring. Keputusan adalah seperti berikut:


a). 13 individu masih menunggu keputusan saringan.

b). Lapan (8) dikesan negatif, dan

c). Tujuh (7) dikesan positif COVID-19




@ Jackie San



1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/11/viral-empat-4-kluster-terbaharu-negara.html

    返信削除

Featured post

3 PEOPLE WHOSE DEATHS LINKED TO DIETARY SUPPLEMENT INTAKE HAD PRIOR HEALTH ISSUES IN JAPAN

3 PEOPLE WHOSE DEATHS LINKED TO DIETARY SUPPLEMENT INTAKE HAD PRIOR HEALTH ISSUES IN JAP AN @Jackie San TOKYO Three of the five people repor...