2020年11月15日日曜日

VIRAL " Tiga Tahun Berturut - Turut Durian Runtuh Khas Kepada Penjawat Awam Sarawak & Persekutuan "



KUCHING : 2020 bersamaan tahun ketiga (3) bagi penjawat awam Negeri Sarawak mendapat insentif sebulan setengah gaji dan tidak dilupai bagi penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Negeri Bumi Kenyalang ini yang akan menerima insentif sebanyak RM 500.00 khas dari Sarawak, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selaku KM Sarawak.


Selain itu, Kerajaan GPS telah memutuskan untuk memberikan bayaran insentif khas bersamaan sebulan setengah gaji pokok ataupun minima sebanyak RM 2,000.00 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, dan pembayaran akan dilakukan sebelum penghujung tahun 2020 ini.


" Juga tidak ketinggalan kebajikan semua pegawai - pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang telah menyumbangkan khidmat bakti mereka di Negeri Bumi Kenyalang ini tidak dilupakan ".


" Pegawai - pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan akan menerima bayaran insentif sekali iaitu berjumlah RM 500.00 dalam suku pertama tahun depan ditambah dengan insentif dari Kerajaan Persekutuan berjumlah RM 600.00 seperti yang diumumkan Persidangan Parlimen. 


KM Sarawak turut menegaskan, ia adalah sebagai penghargaan yang diberikan kepada Kerajaan Sarawak kepada penjawat awam seperti doktor, jururawat, anggota beruniform dan juga barisan hadapan yang tidak mengenal erti lelah dalam usaha membendung penularan pandemik wabak COVID-19 di Negeri Sarawak tercinta.


" Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka sebagai mewakili seluruh rakyat Sarawak ".


" Justeru itu, Kerajaan GPS amat menghargai sumbangan bakti mereka, pengorbanan dan segala komitmen pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan juga pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab secara Profesional dalam keadaan getir dan mencabar ketika ini," tegasnya.


Mengenai Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS), KM Abang Jo juga iaitu selaku Pengerusi GPS memaklumkan bahawa, hampir RM 800 Juta telah dibayar kepada 397,000 orang isi rumah dan 392,000 orang individu bujang B40 yang layak menerima BKSS B40 tersebut.


" Bantuan sedemikian adalah bertujuan bagi meringankan beban kewangan mereka dalam menghadari kesukaran hidup akibat penularan pandemik wabak COVID -19.


" Kerajaan GPS Sarawak yang begitu prihatin dengan masalah rakyat telah membuka ruang bagi mereka yang tercicir daripada bantuan ini untuk membolehkan mereka membuat rayuan agar semua mereka yang layak menerima bantuan tersebut ".


" Berdasarkan rayuan yang telah diterima pada tarikh tutup 31 Mei 2020 yang lepas, seramai kira - kira 82,000 ketua isi rumah dan 40,000 individu yang bujang B40 adalah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dan mereka adalah layak untuk mendapat dan menerima bantuan sedemikian," jelas KM Sarawak.


Selain itu, KM Abang Jo turut mengumumkan bayaran khas sebanyak RM 250.00 sebulan bagi tempoh enam (6) bulan kepada 82,000 ketua isi rumah B40 yang layak dan berjaya dalam rayuan tersebut.


Sebahagian pembayaran bagi tujuan tersebut akan dibuat dalam tahun ini juga dan selebihnya diteruskan pada tahun 2021 nanti.


" Manakala bagi 40,000 individu yang berstatus bujang golongan B40 yang turut berjaya dalam rayuan juga akan dibayar sekali gus sebanyak RM 500.00 dan akan dilaksanakan sepenuhnya pada Disember 2020 ini," ujarnya.


KM turut memaklumkan, dengan kelulusan tersebut, secara keseluruhannya, Kerajaan GPS Sarawak telah membelanjakan sejumlah RM 943 Juta dengan RM 800 Juta telah pun dibayar melalui senarai LHDN. Manakala baki RM 143 Juta pula akan dibayar kepada 82,000 ketua isi rumah dan seterusnya 40,000 orang individu bujang golongan B40 yang tercicir sebelum ini tetapi adalah layak untuk menerima insentif tersebut.


" Ini bermakna di bawah Program BKSS Kerajaan GPS Sarawak akan melaksanakan pembayaran sejumlah RM 943 Juta kepada 479,000 Ketua Isi Rumah dan juga 432,000 golongan individu bujang golongan B40 ( 921,000 orang rakyat Sarawak), dan ini bermakna jumlah tersebut membuktikan bahawa jumlah tertinggi penerima bantuan dalam kalangan negeri-negeri dan kedua terbesar selepas bantuan Prihatin Nasional, " katanya.



@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/11/viral-tiga-tahun-berturut-turut-durian.html

    返信削除

Featured post

Kagoshima City Aquarium & Interesting About Dolphin Performance

   https://youtu.be/DdQNaf-gYQw?si=NMbNfkpaWKnGhLej >>> MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH <<<