VIRAL " Warga Tempatan Suspek Utama Kes Berbalas Tembakan Di Sempadan Malaysia - Thailand "

" Anggota PGA Mati Terbunuh "


Polis masih giat memburu suspek utama dan juga baki lapan (8) suspek dalam insiden berbalas tembakan yang membabitkan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) semalam dan dipercayai mereka masih berada di sempadan negara kita.


Ketua Polis Negeri Perlis Datuk Surina Saad memaklumkan bahawa suspek utama kes demikian adalah merupakan warga tempatan yang berumur 50 tahun dan ke atas.


Beliau turut memaklumkan dan percaya bahawa kesemua suspek iaitu lapan (8) suspek utama dari dua (2) kumpulan penyeludup masih bebas dan masih berada di sekitar tempat kejadian.


" Beliau turut memaklumkan bahawa, polis berjaya menahan seorang suspek warga Thailand pada jam 0900 pagi akibat terjatuh di dalam gaung ketika insiden tembak - menembak tersebut," ketika beliau memaklumkan kepada sidang media pada hari ini, 25 November 2020.


Dalam insiden kira - kira jam 2.30 pagi itu, anggota PGA iaitu mendiang Koperal Baharuddin Ramli, 54 tahun, terbunuh manakala rakannya Koperal Norihan a/l Tari, 39 tahun, cedera parah selepas berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup di lokasi kejadian iaitu kira - kira 600 meter dari Pos Kawalan TS9 di Padang Besar, Negeri Perlis.


Ketua Polis juga memaklumkan bahawa pihaknya akan menggunakan elemen sedia ada bagi memastikan semua suspek daripada dua (2) kumpulan penyeludup yang terlibat dalam insiden tersebut segera diberkas.


Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya juga sedang berusaha bagi membawa masuk empat (4) suspek yang ditangkap oleh Polis Thailand ke Malaysia dan ia perlu mendapat kebenaran Ketua Polis Kerajaan Negara Thailand.


" Perbincangan dengan Polis Negara Thailand telah dilakukan dan kesemua suspek akan dibawa masuk dalam masa terdekat ini," katanya.


Selain itu juga, polis turut mendapati terdapat senjata api yang digunakan suspek adalah jenis 'Shotgun' dan ianya berdasarkan peluru yang ditemui ketika bedah siasat ke atas mendiang Baharuddin.


Surina turut memaklumkan, Norihan akan dihantar ke Hospital Pulau Pinang hari ini juga bagi menjalani pembedahan bagi mengeluarkan tiga (3) butir peluru.


" Sebutir peluru yang berada berdekatan dengan paru-paru dan dua (2) lagi pada bahagian perut yang berhampiran dengan tulang belakang beliau," katanya.


Surina turut memaklumkan bahawa, kes tembak - menembak tersebut telah mengorbankan seorang anggota PGA, dan ianya tidak akan mematahkan semangat Polis Diraja Malaysia sebaliknya ianya telah membakar semangat kepada seluruh warga Sang Saka Biru untuk terus mempertahankan keselamatan dan juga kedaulatan negara Malaysia.


Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador turut berkata, insiden berbalas tembakan itu merupakan kali pertama berlaku di kawasan sempadan berkenaan.


Sebelum ini, beliau turut memaklumkan bahawa hanya mendengar bunyi tembakan yang dihalakan ke arah pos kawalan Tembok Sempadan TS9 di Padang Besar, Negeri Perlis dari sebelah negara jiran (Thailand) itu.


Beliau turut mengesahkan dan juga mengesahkan bahawa bunyi tembakan yang pernah berlaku adalah pada 12 dan juga 15 November 2020 yang lepas.



@ Jackie San

Comments

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/11/viral-warga-tempatan-suspek-utama-kes.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts