Thursday, 21 January 2021

" 16 Kluster Baharu 21 Januari 2021 - COVID 19 "



PUTRAJAYA, 21 Januari 2021 (Khamis) : 

Sebanyak 16 lagi kluster terbaharu COVID -19 berjaya diwujudkan termasuk 11 daripadanya adalah kluster di tempat ataupun lokasi bekerja. Pada hari ini juga (21 Januari 2021, Khamis) sebanyak 3,170 kes baharu telah direkodkan dan ianya dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.


Ketua Pengarah Kesihatan turut memaklumkan bahawa, kluster di tempat kerja yang membabitkan dua (2) di Kuala Lumpur iaiatu Kluster Jalan Terolak dan Kluster Pasar Borong Kuala Lumpur. Manakala di Johor Baharu wujudnya Kluster Seri Bayu, Kluster Tampoi Tujuh dan juga Kluster Jalan Sempadan serta Kluster Kota Muhibbah dan juga Jalan Slim masing - masing wujud di Negeri Perak.


" Manakala kluster wujud daripada aktiviti keagamaan pula adalah Kluster Taman Sejahtera di Negeri Perak, sementara kluster kumpulan berisiko pula adalah Kluster Mandin Jaya (Pulau Pinang) dan juga Kluster Jalan Kelapa (Selangor) serta dua (2) lagi Kluster jangkitan komuniti adalah Kluster Kampung Tanah Merah (Negeri Terengganu) dan Kluster Gunung Raya (Negeri Kedah).


Bercakap pada sidang akhbar perkembangan jangkitan COVID - 19 di Kementerian Kesihatan (KKM) pada hari ini, beliau turut memaklumkan bahawa pengesanan kluster baharu itu telah menjadikan jumlah kluster kini kepada 701 dengan 327 kluster yang masih aktif.


Dalam pada itu juga, Ketua Pengarah Kesihatan turut memaklumkan, 3, 170 kes baharu hari ini, 3, 162 kes adalah hasil daripada jangkitan tempatan manakala lapan (8) kes import, dan ianya menjadikan jumlah kes aktif setakat ini telah mencecah 41, 755 kes.


Beliau turut memaklumkan bahawa, Kuala Lumpur telah mencatatkan kes tertinggi iaitu 576 kes, diikuti Negeri Selangor (545 kes), Johor ( 423 kes ), Sabah ( 401 kes ), Negeri Perak ( 245 kes), Negeri Pulau Pinang ( 171 kes ), Negeri Kedah ( 156 kes ), Negeri Kelantan ( 135 kes ), Negeri Sarawak ( 132 kes ), Negeri Melaka ( 106 kes ) dan akhir sekali iaitu Negeri Sembilan dengan ( 102 kes ).


" Baki negeri lain pula adalah hanya mencatatkan dua (2) angka seperti Negeri Terengganu dengan 57 kes, Negeri Pahang ( 48 kes ), Wilayah Persekutuan Putrajaya ( 33 kes ), manakala Wilayah Persekutuan Labuan ( 32 kes ) serta Perlis hanya dengan lapan (8) kes."


Ketua Pengarah Kesihatan turut memaklumkan juga, terdapat 260 kes positif COVID -19 id Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 103 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.


Beliau turut memaklumkan bahawa pada 21 Januari 2021 (Khamis), terdapat 12 kematian akibat wabak COVID -19 dilaporkan pada hari ini dan semuanya merupakan warganegara, yang berumur lingkungan 47 hingga 84 tahun dengan berlatar belakangkan pelbagai jenis penyakit. Manakala jumlah kumulatif kes kematian dalam negara adalah sebanyak dan meningkat ke angka 642 kes kematian.


Kes kematian tersebut adlaah melibatkan empat (4) mangsa dari Negeri Johor, tiga (3) dari Negeri Selangor, dua (2) dari Negeri Sabah, dan masing - masing satu kes dari Negeri Sembilan, Negeri Perak dan juga Negeri Sarawak.


Dr Noor Hisham selaku Ketua Pengarah Kesihatan turut memaklumkan bahawa 2, 490 kes pulih dilaporkan pada hari ini dan ianya menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada jangkitan COVID -19 adalah sebanyak 130, 152 kes atau bersamaan 74.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.



@ Jackie San

1 comment:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/01/16-kluster-baharu-21-januari-2021-covid.html

    ReplyDelete

Featured post

Kopral Limbang DiKhuatiri Lemas di Sungai Medait Long Napir Limbang

  https://youtu.be/tT9-778bnsY