2021年1月2日土曜日

" Janda & Duda Ditangkap Berkhalwat Denda RM 3,000 dan Penjara 1 Bulan "



Chukai : Pasangan kekasih yang berstatus duda dan janda dijatuhkan hukuman penjara sebulan dengan denda minima RM 3,000.00 selepas didapati bersalah dan turut mengakui berkhalwat. Kes diputuskan di Mahkamah Rendah SYariah Kemaman, Terengganu.


Selain itu juga, wanita yang berusia 22 tahun dan pasangannya yang berusia 34 tahun selaku tertuduh akan dipenjara dua (2) bulan jika sekiranya mereka gagal menjelaskan denda tersebut.


Hakim Syarie Mohd Fakhruddin bin Yusof membuat keputusan selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana melakukan khalwat.


Sebelum itu juga, Mohd Fakhruddin dalam penghakimannya turut memaklumkan, pesalah wanita dilihat tidak pernah serik kerana masih mengulangi kesalahan yang sama. Berikutan wanita tersebut berkali-kali telah dihukum dan ditangkah berkhalwat namun senantiasa dan terus menerus melakukan aktiviti tersebut. 


" Kali pertama pada tahun 2017 dan kali kedua pula dilakukan oleh wanita tersebut pada tahun 2018 (kes hari ini) yang mana beliau pesalah wanita tidak menghadirkan diri dan turut melarikan diri daripada hadir ke mahkamah seperti yang diarahkan sehingga beliau (pesalah wanita) ditangkap lagi ketika melakukan perbuatan yang sama (tidak bermoral) pada tahun ini.


" Selain itu, kesalahan ketiga (3) dilakukan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana ia satu tempoh amaran dan ujian dari Allah SWT untuk manusia.


" Sepatutnya awak semakin takut untuk melakukan maksiat dalam tempoh tersebut dan saya berharap hukuman ini menjadikan masyarakat seperti kamu gerun dan senantiasa takut untuk mendekati apa itu perbuatan maksiat yang boleh mendatangkan bala kepada seluruh ummah," katanya.


Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan khalwat di sebuah bilik di Bandar Baru Kerteh, Terengganu di sini pada jam 1.10 pagi pada 13 Februari 2018.


Pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Mustafar Hamzah.


Berdasarkan kepada fakta kes, sepasukan penguatkuasa syariah daerah Kemaman, Terengganu telah melakukan pemeriksaan berwaran di lokasi kejadian dan hasil maklumat yang merreka terima.


Sebalik sampai di hadapan pintu bilik berkenaan, penguatkuasa mendapati keadaan di luar bilik gelap sebelum anggota mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali.


Bagaimanapun, anggota mendapati pintu itu tidak berkunci sebelum pemeriksaan mendapati terdapat seorang wanita dan seorang lelaki dalam bilik berkenaan.


Hasil soal siasat mendapati, kedua - duanya bukan suami isteri ataupun mahram.



@ Jackie San

2 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/01/janda-duda-ditangkap-berkhalwat-denda.html

    返信削除
  2. It's a pleasure for me to write this testimony about this wonderful thing that happened to me last week on how i got my peripheral artery disease (PAD) cured, i have been reading so-many post of some people who were cured of peripheral artery disease (PAD), but i never believed them, I was hurt and depressed so I was too curious and wanted to try dr emu when i contact him, he assured me 100% that he will heal me, i pleaded with him to help me out, it's a great success that he healed just as he promised, he told me that in three days time that i should go and check on my peripheral artery disease (PAD) status, I was floored that when i went to the hospital to check of my status that i was peripheral artery disease (PAD) negative, i never thought possible that dr emu can do miracles, i never really believed in magic but I played along with a little hope and faith and after everything but dr emu changed my life and made me a true believer you can contact him emutemple@gmail.com emutemple@yahoo.com or whatsapp Number: +2347012841542 website: https://emutemple.wordpress.com/ he said that he is also specialize on the following diseases: HERPES, HIV, ALS, HPV, DIABETES, HEPATITIS B, CANCER, SICKLE CELL, VIRGINAL DRYNESS, And Bring Back Your Ex back.

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<