2021年3月18日木曜日

Kenapa Seks Oral Itu Haram ?



Setahu saya lah, adalah makruh bagi isteri menikmati kemaluan suaminya dengan mulut dan juga harus bagi suami menikmati kemaluan isterinya sedemikian berdasarkan dalil " Isteri Kamu Bagaikan Kebun dan Ladang Milikmu Yang Boleh Digunakan Menurut Kehendakmu Asalkan Tidak Menyalahi Hukum Syarak Seperi..." (Liwat).


Tetapi yang menjadi persoalan di fikiran saya adalah... menyentuh soal air mazi yang keluar.


Air mazi adalah cecair yang keluar dari kemaluan ketika perasaan ghairah. Sudah pasti si suami / isteri yang melakukan perbuatan di atas akan terkena air mazi pada / dalam mulut / lidahnya.  Manakala air mazi dikatakan najis dan hukumnya sememangnya haram!


Ok....

Kita Sentuh Beberapa Persoalan.


Soalan 1 :

Jika hukum perbuatan seks tersebut adalah harus / makruh, bagaimana mungkin ia dapat dilakukan sedangkan air mazi itu najis ?


Setahu saya najis adalah bahan perkumuhan dari sistem tubuh badan. Air mazi pula hanyalah bahan cecair pada anggota tubuh badan yang bertujuan untuk melicinkan anggota tersebut dan ia bukannya bahan perkumuhan dari badan manusia.


Soalan 2 :

Jadi mengapakah air mazi itu dikategorikan sebagai najis ? Apakah hukumnya berdasarkan ijma' ataupun sememangnya hukum yang telah ditetapkan oleh Allah ? Bolehkah seseorang ustaz menyatakan dalilnya ?


Bukanlah bermaksud untuk mempertikaikan hukum Allah. Tetapi saya amat keliru kerana terdapat dua (2) hukum dalam stau keadaan yang sama.


a). Harus / Makruh pada perbuatan seks itu.

b). Haram dan najis pada air mazi.


Kita Bacakan Ulasan Ustaz...

Hukum makruh bagi isteri melakukan seks oral kepada zakar suami dan Harus suami melakukan seks oral kepada vagina isteri adalah dua hukum yang berdasarkan dzann (sangkaan) sahaja. Ini kerana tidak ada dalil yang betul - betul menyentuh isu seks yang luar biasa memandangkan budaya lazimnya Islam yang tinggi nilainya dan juga luhur. Oral seks masih diwartakan dalam Kanun Kesiksaan Hukuman Sivil Malaysia sebagai seks luar tabi'iy, ini menunjukkan penggubal perundangan Sivil Malaya dulu melihat seks oral sebagai seks luar tabi'iy (tabi'at seks luar biasa).


Kitab - Kitab Klasik fiqh langsung tidak membahaskan hukum oral seks. Hanya media sosial seperti internet dan juga industri filem lucah yang mempopularkan jenis - jenis seks luar biasa seperti oral, anal, lesbian, gay, beastiliaty (Seks dengan binatang), dan macam - macam jenis lagi seks. Kita turut berpendapat orals seks perlu dijauhi kerana walaupun seks itu Halal dan isteri itu pakaian bagi lelaki dan suami itu pakaian bagi isterinya tapi ia masih tertakluk kepada adab dan ketaqwaan. Seperti juga makan dan minum, ia adalah harus, kita tertakluk pada adab-adab makan, namun Barat mengajar cara makan extreme, mereka makan burger dan pizza sambil menari,, dan meneguk air carbonated mereka sambil berjalan dan juga berlari.


Maka seks pun begitulah, kita sebagai umat Islam menikmati seks dengan beradab, maka biarkan orang Barat menikmati seks mereka dengan melampui batas. Gempa seks atau sexual revolution yang melanda Barat amat menakutkan seki, bahkan jika industri VCD lucah yang berleluasa seperti sekarang jika tidak dapat dibendung akan mengundang padah pada Umat Islam juga, bila revolusi seks lucah ini menular dalam kalangan masyarakat kita.


Maka kami tidak berani nak tahqeeq hukum oral seks ini sehingga fuqaha' dan mujtahid terkemuka hari melihat dan mengkaji dan mengeluarkan suatu hukum yang muktamad sebagaimana hukum dadah dan juga rokok.


2. Mazi adalah najis menurut kesepakatan ahli hadis (Albani, Tamamul Minnah). Dalil : HR Bukhari - Muslim dari Ali Bin Abi Talib ra. Maka jika mazi ini najis dan thabit kenajisannya melalui hadis sahih, maka anda boleh membuat hukum yang wajar untuk oral seks. Lelaki dan juga wanita mengeluarkan cecair madzi semasa ghairah dan madzi itu najis dan jika cecair najis ini masuk dalam mulut, maka sudah tentu syara' memandang serius masalah najis yang diambil secara sengaja.



@ Jackie San





1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/03/kenapa-seks-oral-itu-haram.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<