2021年4月16日金曜日

Kes Terus Meningkat Sarawak Tidak Gentar - COVID 19



KLUSTER BAHARU SARAWAK - KLUSTER JALAN PUNCAK BORNEO, KUCHING

 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan bahawa Kluster Jalan Puncak Borneo, Kuching adalah Kluster di tempat kerja yang melibatkan jangkitan pandemik COVID-19 dalam kalangan pelatih Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Jalan Puncak Borneo, Kuching, Sarawak.

 

" Kes indeks kepada kluster Jalan Puncak Borneo, Kuching, Sarawak ini adalah kes ke-19,697 yang merupakan hasil daripada seorang pelatih pusat latihan tersebut yang disaring melalui saringan individu bergejala pada 09 April 2021 (Jumaat) di Klinik Kesihatan Kota Sentosa, Kuching, Sarawak.

 

" Kes mula mengalami demam pada 08 April 2021 (Khamis) dan disahkan positif COVID-19 pada 12 April 2021 (Isnin). Kes yang berasal dari Negeri Perlis telah datang ke Negeri Bumi Kenyalang pada 22 November 2021 dan menjalani kuarantin semasa tiba di Pusati Latihan tersebut."

 

Menurut JPBNS memaklumkan perebakan jangkitan dalam kalangan pelatih PULAPOL berpunca dari pergaulan rapat dan kurang mengamalkan perjarakan fizikal di antara pelatih yang tinggal di dalam asrama platun dan kompeni yang sama.

 

Hasil siasatan dan saringan ke atas kontak rapat dan juga rakan sepelatih kepada kes indeks ini, turut mendapati tambahan 60 kes dikesan positif COVID-19. Sehingga 13 April 2021 (Selasa), sejumlah 111 individu telah disaring yang melibatkan kluster ini.

 

" 61 Kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk ke indeks, 50 orang negatif saringan pertama dan tiada kes individu yang menunggu keputusan ujian COVID-19. Kesemua kes positif melibatkan kluster ini dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan dimasukkan ke PKRC di Kuching untuk pengasingan dan juga rawatan lanjut."

 

Sehingga ke hari ini, terdapat 48 kluster yang masih aktif dan daripada jumlah tersebut, 12 kluster yang melaporkan penambahan kes manakala 36 lagi tidak ada penambahan kes akibat wabak pandemik COVID-19.

 


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/04/kes-terus-meningkat-sarawak-tidak.html

    返信削除

Featured post

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN @Jackie San KUMAMOTO Police in Kumamoto City, Kumamoto Prefecture, ...