2021年10月1日金曜日

Tiada Bukti Kukuh Suplemen Cegah COVID-19

KOTA KINABALU, SABAH

 


Kota Kinabalu: Tidak terdapat bukti kukuh dan bukti klinikal yang menunjukkan keberkesanan suplemen atau pun punca makanan tambahan yang boleh membantu kita bagi mencegah dan juga merawat Virus COVID-19 seperti yang disahkan oleh pakar nutrisi.

 

Khor Ban Hock dari Universiti Malaysia Sabah memaklumkan, ramai orang pada masa kini mula mengambil suplemen kerana mempercayai ia boleh membantu dalam meningkatkan sistem imunisasi badan mereka, sekaligus boleh membantu bagi mencegah dan juga merawat COVID-19.

 

" Sebenarnya bagi kebanyakan orang yang mengamalkan diet yang seimbang dan juga sihat, suplemen adalah semestinya tidak diperlukan walaupun semasa pandemik wabak COVID-19 pada masa ini," katanya kepada FMT.

 

Khor turut memaklumkan dan menyakinkan, beberapa makanan tambahan seperti pengambilan vitamin D, zin dan juga vitamin C yang dilaporkan dapat membantu bagi mengurangkan gejala selesema biasa, boleh juga memudaratkan si pengambilnya jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan.

 

Beliau turut mengulas berkenaan individu yang mengambil vitamin A berlebihan boleh menjejaskan kesihatan tulang mereka, meningkatkan risiko kanser terhadap paru-paru, dan juga boleh mempengaruhi perkembangan fetus dalam kalangan wanita yang sedang hamil manakala pengambilan vitamin D pula secara berlebihan boleh mengurangkan ketumpatan mineral tulang.

 

" Selain itu, bagi individu yang mengambil vitamin C secara berlebihan, boleh menyebabkan berlakunya cirit-birit, perut kembung, meningkatkan risiko batu karang dalam kalangan lelaki manakala jika pengambilan berlebihan Zinc pula akan menyebabkan sakit perut, cirit-birit, muntah, loya serta boleh mengganggu penyerapan 'copper'.

 

" Walaupun secara amnya tidak berbahaya, namun pengambilan makanan tambahan seperti di atas secara berlebihan tidak mengikut spesifikasi yang disarankan oleh KKM akan menyebabkan kesan yang lebih buruk terhadap pengguna," katanya.

 

Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan pengguna yang mahu mengamalkan pengambilannya supaya membeli makanan tambahan yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan keselamatan lebih terjamin serta kualiti produk berkenaan.


>>>BACA BANYAK ARTIKEL DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/benefits-of-garlic-for-your-sleep.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/why-mygap-certification-important.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/09/backlog-samples-tested-positive-covid.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/alcohol-for-5-months-baby.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/male-modeling-must-show-hidden-what-you.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/why-muscular-men-are-gay.html 

 



@ Jackie San 

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/10/tiada-bukti-kukuh-suplemen-cegah-covid.html

    返信削除

Featured post

KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN

  KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN @Jackie San Apr 6 / 11:00 AM   〜   4:45 PM Kanamara Matsuri (otherwise known as the “Penis Festiva...