2022年6月4日土曜日

CURAHAN AIR PANAS MENGELEGAK KE BADAN BELLA - PEGUAM

CURAHAN AIR PANAS MENGELEGAK KE BADAN BELLA - PEGUAM

 


KUALA LUMPUR, MALAYSIA :Seorang penghuni Rumah Bonda pada 30 Mei 2022 (Isnin), mengakui bahawa kecederaan melecur yang dialami oleh Bella (remaja perempuan sindrom down) adalah berpunca dari curahan air panas mengelegak dan bukannya daripada mesin penapis air syarikat terkemuka yang telah difitnah.

 

Yasmin Nahar Mahmood, 19, semasa memberi keterangan di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen Izralizam, saksi pendakwaan kelima itu juga bersetuju dengan cadangan Nurul Hafidzah, bahawa juga ada memberitahu perkara yang  mana curahan air panas di badan Bella ada diceritakan kepada pihak Polis, di lobi kondominium pada 07 Jualai 2021 yang lalu.

 

Yasmin turut meyakinkan dengan memberikan keterangan bahawa badan Bella melecur adalah disebabkan curahan air panas dan bukannya disebabkan oleh mesin syarikat terkemuka yang didakwa penyebab badan mangsa (Bella) melecur teruk akibat didera.

 

Sebelum itu, dalam keterangan lain, Yasmin telah memberitahu mahkamah bahawa Siti Bainun dengan sengaja menyuruhnya untuk menyimbah (mencurahkan air panas mengelegak) yang diambilnya daripada mesin penapis air Cuckoo ke atas badan Bella sebanyak tiga (3) kali seminggu menggunakan cawan plastik yang tidak bertangkai berwarna kuning dan picagari tanpa belas ihsan walaupun Yasmin tidak mahu.

 

Yasmin turut menyangkal soalan peguam Siti Bainun untuk mengakui bahawa beliau turut diarahkan oleh seorang peguam Siti Bainun, iaitu Nur A'minahtul Mardiah Md Nor untuk memperakui bahawa hanya termos yang telah dirampas oleh seorang pegawai polis semasa pegawai itu datang ke kondominium berkenaan sebagai bukti kejadian sebenar. Yasmin juga tidak setuju bahawa mesin penapis air dan pemanas air telah dirampas oleh polis tersebut.


Selain itu juga, Yasmin turut dituduh oleh Peguam Siti Bainun bahawa beliau mereka-reka cerita agar si tertuduh iaitu Bainun dihukum dan dipenjarakan.


Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria turut menyoal kepada Yasmin berkenaan kewujudan kain yang didakwa disumbat pada mulut Bella oleh Siti Bainun, dan dengan jelas Yasmin telah mengakui dia tidak memaklumkan atau menceritakan perkara tersebut kepada pihak polis walaupun ianya benar-benar berlaku seperti diarahkan oleh Siti Bainun supaya tidak memaklumkan kepada pihak polis, jika gagal beliau akan dimarah oleh Siti Bainun.


" Kain yang disumbat ke dalam mulut Bella adalah kain yang telah busuk...kain sudah buang," kata Yasmin.

 

>>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/adakah-bainun-akan-menang-ke-atas-bella.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/bite-bellas-tummy-ordered-from-rumah.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/peguam-bainun-yakin-bella-cubaan-bunuh.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/siti-bainun-diklasifikasikan-manusia.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/video-rakaman-siti-bainun-kejam-melayan.html 



@ Jackie San

 

 

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<