Tuesday, 7 June 2022

KOREA SELATAN JULANG TROFI PIALA ASIA HOKI 2022 TUMPASKAN MALAYSIA MUDAH

KOREA SELATAN JULANG TROFI PIALA ASIA HOKI 2022 TUMPASKAN MALAYSIA MUDAH 

 


KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 01 JUN 2022 (RABU) :

Impian skuad hoki lelaki negara untuk merangkul trofi sulung Piala Asia 2022 lebur apabila tewas mudah 1-2 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Hoki Gelora Bung Karno pada 01 Jun 2022.

 

Hwang Taeil muncul wira Korea Selatan apabila menjaringkan gol kemenangan di suku akhir sekali gus menebus kekecewaan ketika mereka tumpas 4-5 dengan Malaysia pada aksi peringkat kumpulan seminggu sebelum final.

 

Anak buah A Arul Selvaraj hanya mengulangi pencapaian tahun 2017 di Dhaka, Bangladesh apabila tumpas kepada India dengan keputusan jaringan yang sama. Aksi suku akhir pertama berlangsung seimbang dengan Shello Silverius mempunyai dua (2) peluang pada hujung saingan namun percubaan pertama hanya menyinggah di tepi jaring, manakala yang kedua pula gagal menyambut kemas pukulan Shahril Saabah ketika dia berada dalam kawasan D.

 

Korea Selatan juga mempunyai peluang terbaik untuk mendahului saringan namun pukulan sudut penalti sulung mereka berjaya diselamatkan pertahanan negara, Najmi Farizal Jazlan.

 

Sebaik babak-babak permainan diteruskan pada suku kedua, Korea Selatan yang dibimbing, Shin Seok Kyo berada di depan pada minit ke-17 apabila pukulan Kim Jung Hoo berjaya disambung Jung Manjae untuk menumpaskan penjaga gol negara, Hafizuddin Othman.

 

Tujuh minit kemudian, Malaysia telah berjaya menyamakan kedudukan apabila kawalan kemas dan pukulan ke belakang Faizal Saari berjaya disudahkan oleh Syed Syafiq Syed Cholan sebelum untuk menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat saingan separuh masa kedua.

 

Jangkaan bahawa akan ada tambahan gol pada suku ketiga oleh kedua-dua pasukan ternyata meleset, apabila Malaysia dan Korea Selatan dilihat bergelut untuk memegang bola dengan lebih lama.

 

Malaysian Tigers mempersiakan tiga (3) peluang terbaik untuk menambah jaringan pada suku keempat apabila tiga pukulan sudut penalti yang diperolehi tidak menemui sasaran.

 

Kegagalan Malaysia memanfaatkan peluang digunakan sepenuhnya sebaik mungkin oleh Pasukan Korea Selatan apabila berjaya menambah gol kedua hasil serangan balas pantas dengan Taeil berjaya menyambut kemas pukulan Lee Juyoung pada minit ke-52.

 

Korea Selatan mempunyai peluang keemasan ketika aksi berbaki tujuh minit apabila dihadiahkan penalti stroke namun Hafizuddin cemerlang berjaya menyelamatkan pukulan Jang Jonghyun.

 

Malaysia sebelum ini sudah mengesahkan tiket automatik ke Piala Dunia 2023 selepas India yang menjadi tuan rumah tahun depan turut berada dalam kelompok empat terbaik dunia.

 

>>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

 https://www.jacknjillscute.com/2022/06/vietnam-akui-malaysia-sememangnya-akan.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/raja-pecut-malaysia-azeem-tersingkir.html 

 


@ Jackie San

 

 

 

 

 

 

2 comments:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/raja-pecut-malaysia-azeem-tersingkir.html

    ReplyDelete
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/06/vietnam-akui-malaysia-sememangnya-akan.html

    ReplyDelete

Featured post

KUGAR SERANG KANAK-KANAK 9 TAHUN - WASHINGTON

KUGAR SERANG KANAK-KANAK 9 TAHUN - WASHINGTON   WASHINGTON, AMERIKA SYARIKAT : Seorang kanak-kanak di Amerika Syarikat berusia lebih kurang...