2022年6月1日水曜日

VIETNAM AKUI MALAYSIA SEMEMANGNYA AKAN MENGALAH LEBIH AWAL - SKUAD BOLA SEPAK SUKAN SEA 2021

VIETNAM AKUI MALAYSIA SEMEMANGNYA AKAN MENGALAH LEBIH AWAL - SKUAD BOLA SEPAK SUKAN SEA 2021

 


PHU THO, VIETNAM : Perjalanan skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan di Temasya Sukan SEA Ke-31 terhenti di peringkat separuh akhir selepas tewas mudah kepada juara bertahan iaitu tuan rumah Vietnam dengan kekalahan mudah 0-1 pada aksi penuh dramatik.


Kekalahan itu menyaksikan pasukan muda negara terpaksa bertarung lebih lama untuk menamatkan kemarau 11 tahun merangkul pingat perak bagi Temasya Sukan Dwi-Tahunan itu selepas kali terkahir Malaysia melakukannya pada edisi 2011 di Negara Indonesia.

 

Pada perlawanan di Stadium Viet Tri yang berlanjutan hingga masa tambahan selepas 90 minit pertarungan bagi permainan sebenar itu, jaringan kemenangan Vietnam hadir pada minit ke -111 menerusi penyerang Nguyen Tien Linh sekali gus meranapkan impian Malaysia dan memberikan keceriaan kira-kira 18,000 penyokong tuan rumah yang berada di Stadium Viet Tri.

 

Skuad kendalian jurulatih " bengis " dari Korea Selatan, Park Hang Seo itu membuktikan mereka memang berada dalam kelas tersendiri apabila lebih garang menguasai 45 minit pertama yang menyaksikan Tien Linh hampir meletakkan Vietnam di depan menerusi sepakan leret pada minit ke-27.

 

Namun, percubaannya hanya melintasi gawang negara tatkala penjaga gol, Muhammad Azri Ab Ghani sudah pun tertewas.

 

Gawang Malaysia hampir dibolosi sekali lagi pada minit ke-42 namun Muhammad Azri bertindak cemerlang dengan melayangkan badan bagi menepis percubaan Tien Linh memberikan kelegaan kepada skuad bimbigan Brad Maloney untuk menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan terikat tanpa jaringan.

 

Pada babak kedua pula, Vietnam mengekalkan corak serangan bertali arus dalam keghairahan memburu gol yang memaksa benteng pertahanan skuad kebangsaan bekerja lebih keras mengekang asakan bertubi-tubi skuad Vietnam.

 

Beberapa kecederaan menghimpit kedua-dua pasukan dengan Vietnam kehilangan pemain pertahanan Le Van Xuan memasuki 15 minit permainan terakhir susulan pelanggaran bersama penyerang gantian Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak.

 

Suasana perlawanan menjadi tegang apabila Luqman Hakim Shamsudin dijatuhkan berhampiran kotak penalti sebelum ia mengecetuskan agenda tolak menolak antara kedua-dua pemain memaksa pengadil melayangkan kad kuning kepada msing-masing Muhammad Hadi dan Vu Tien Long.

 

Peluang terbaik Malaysia menamatkan aksi dalam tempoh 90 minit hadir pada penghujung perlawanan, namun pemain pertahuanan Muhammad Safwan Mazlan yang tidak dikawal gagal menanduk tepat bola sepakan percuma rakan sepasukan.

 

Perlawanan diteruskan memasuki masa tambahan dan Vietnam yang lebih bertenaga dalam melancarkan serangan terus memberikan tekanan sebelum sekali lagi terlepas peluang meledak jaringan pada minit ke-98.

 

Pemain tengah, Bui Hoang Anh terlepas lagi peluang tersebut selepas tampanan lemahnya gagal menepati sasaran tatkala gawang negara sudahpun terbuka menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati menamatkan babak pertama masa tambahan tanpa jaringan sekali pun.

 

Bersambung babak kedua pula, skuad bimbingan Hang Seo itu tidak menunjukkan tanda memperlahankan permainan dan barisan pemain negara yang semakin keletihan akhirnya dihukum menerusi sepakan penjuru apabila membenarkan Tien Linh menanduk masuk jaringan kemenangan Tuan Rumah Vietnam.

 

Pada final Ahad, 22 Mei 2022, berlangsung di Stadium My Dinh di Hanoi, Vietnam akan membuat perhitungan merebut ibu segala pingat untuk menentang Thailand yang merakam kemenangan tipis 1-0 ke atas Indonesia pada satu lagi aksi separuh akhir di Stadium Thien Truong di wilayah Nam Dinh.

 

Manakala Malaysia akan bertemu Indonesia dalam aksi penentuan pingat gangsa yang menjadi rebutan kedua-dua negara di venue yang sama dan pada hari yang sama.

 

>>>BACA LEBIH LANJUT BERITA DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/raja-pecut-malaysia-azeem-tersingkir.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/indonesia-berpesta-singkirkan-malaysia.html 

 https://www.jacknjillscute.com/2021/08/anis-amira-tidak-layak-ke-olimpik-2024.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/viral-skuad-keirin-negara-gagal.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/02/apakah-kecederaan-sukan-yang-sering.html 

 


@ Jackie San



1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/raja-pecut-malaysia-azeem-tersingkir.html

    返信削除

Featured post

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN @Jackie San KUMAMOTO Police in Kumamoto City, Kumamoto Prefecture, ...