2022年7月29日金曜日

AKIBAT CURI SEKADAR MILO MAKA SEORANG WANITA DITAHAN - MARANG TERENGGANU

AKIBAT CURI SEKADAR MILO MAKA SEORANG WANITA DITAHAN - MARANG TERENGGANU 

 

@Jackie San

MARANG, KUALA TERENGGANU : Mahkamah Tinggi di sini, pada 19 Julai 2022 (Selasa) mengetepikan sabitan hukuman penjara 14 bulan terhadap seorang wanita yang mengaku salah mencuri dua paket Milo di sebuah Pasar Raya di Marang, Terengganu.

 

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani memanggil kedua-dua pihak untuk semakan bagi kes tertuduh, Suhaini Mohd 43 tahun, sebelum memutuskan sabitan di bawah kes berkenaan diketepikan dan disebut semula di Mahkamah Majistret Marang, Kuala Terengganu pada 19 Julai 2022 (Selasa).

 

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mempertimbangkan hujahan pihak pendakwaan dan peguam tertuduh, Datuk Naran Singh.

 

Sementara itu juga, ketika kes disebut semula di Mahkamah Majistret Marang, Suhaini mengaku tidak bersalah mencuri dua paket Milo di sebuah Pasar Raya di Marang pada jam 11.20 pagi pada 25 Mei 2022 yang lalu.

 

Tertuduh didakwa atas pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan juga denda, jika sabit kesalahan.

 

Sejurus pengakuan tertuduh direkodkan, Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda menetapkan 06 September 2022 sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin dengan bayaran RM 3,000.

 

Selain itu juga, Engku Nurul Ain turut membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara bagi dua pertuduhan penyalahgunaan dadah selepas mendengar permohonan peguam kepada Suhaini sehingga rayuan selesai.


Bagi dua pertuduhan penyalahgunaan dadah, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM 5,000.


Selain itu juga, mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sepanjang prosiding berlangsung dan juga tidak melakukan sebarang jenayah sepanjang tempoh jaminan itu dibuat.


Pada 05 Julai 2022 yang lalu, media melaporkan seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 14 bulan di Mahkamah Majistret Marang, Kuala Terengganu selepas mengaku bersalah mencuri dua (2) paket Milo di sebuah Pasar Raya di Marang, Kuala Terengganu.

 

>>>LEBIH BANYAK BERITA DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/mengedar-1346-gram-methamphetamine-3.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/jatuh-pada-ketimggian-27-meter-punca-2.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/lee-zii-jia-memalukan-malaysia-sebagai.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/iraq-hadapi-gelombang-baharu-covid-19.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/nur-izzuddin-dan-goh-sze-fei-dikalahkan.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/jom-kenali-10-kucing-termahal-di-dunia.html 



@ Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<