Monday, 11 July 2022

NUR IZZUDDIN DAN GOH SZE FEI DIKALAHKAN MUDAH BEREGU LELAKI INDONESIA - BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2022

GOH SZEI FEI DAN NUR IZZUDDIN TEWAS SEPARUH AKHIR BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2022 KEPADA BEREGU INDONESIA


 

KUALA LUMPUR, MALAYSIA :Buat kali ke-3 berturut-turut, beregu lelaki negara yang selalu memberikan impak positif ke atas permainan mereka di gelanggang badminton akhirnya Nur Izzuddin Rumsani & Goh Sze Fei dikecewakan serta ditundukkan oleh pasangan Indonesia iaitu Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto apabila mereka tewas mudah dalam aksi separuh akhir Terbuka Malaysia 2022.

 

Sorakan penonton di Axiata yang menyemarakkan lagi permainan Goh dan Izzuddin nampaknya dilihat tidak memberikan kesan langsung ke atas permainan beregu lelaki ini. Lebih 8,000 penonton kita yang meminati sukan badminton membanjiri Axiata, Bukit Jalil namun ia belum cukup untuk membantu pasangan ranking ke-12 dunia itu menamatkan badi di tangan lawan yang juga beregu nombor tujuh (7) dunia apabila tewas mudah dengan 14-21, 12-21 dalam tempoh hanya lebih kurang tiga puluh minit (30 minit).

 

Dua (2) pertemuan akhir mereka sebelum ini juga menyaksikan Izzuddin dan Sze Fei turut tumpas ke tangan pasangan Indonesia itu pada saingan Terbuka Switzerland, Mac 2022 yang lalu dan Terbuka Indonesia turut tewas.

 

Oleh yang demikian, kemenangan menyaksikan Fajar - Muhamad Rian akan berdepan pemenang perlawanan antara satu lagi beregu lelaki negara iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik dengan juara dunia dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi bagi perebutan gelaran juara pada 03 Julai 2022 (Ahad).

 

Berikutan peristiwa yang menyayat hati tersebut, maka tiada beregu Badminton Malaysia mencapai keputusan yang cemerlang di Badminton Terbuka Malaysia 2022 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

 

>>>BACA BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/korea-selatan-julang-trofi-piala-asia.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/isu-salah-faham-tidak-timbul-netizen.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/kugar-serang-kanak-kanak-9-tahun.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/anak-lelaki-gabenor-indonesia-mati.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/jatuh-pada-ketimggian-27-meter-punca-2.html 

 


@ Jackie San

2 comments:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/07/lee-zii-jia-memalukan-malaysia-sebagai.html

    ReplyDelete
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/06/kugar-serang-kanak-kanak-9-tahun.html

    ReplyDelete

Featured post

OFFICIALLY THE NEW MALASIAN 100-METRE SPRINT KING FROM AZEEM FAHMI

OFFICIALLY THE NEW MALASIAN 100-METRE SPRINT KING FROM AZEEM FAHMI @Jackie San National sprinter Mohd Azeem Fahmi, 18-year-old became the co...