2022年7月24日日曜日

REMAJA MELAYU BERLAGAK HERO - MELAKA

REMAJA MELAYU BERLAGAK HERO - MELAKA

 

@Jackie San

MELAKA : " Janganlah Berlagak Hero ", Nasib Kamu Tidak Mati !!!...Kamu Semua Masih Muda, Tolong Jaga Perangai & Maruah Kedua Orang Tua Kalian," Kata Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh di Mahkamah Majistret Keroh, di sini, 13 Julai 2022 (Rabu).


Majistret memberi nasihat berkenaan sebelum mendenda keenam - enam lelaki iaitu Muhammad Farid Mail, 23; Muhammad Ramdhan Omar, 24; Muhammad Danish Fahmi Rosdi, 22: Muhammad Firduwan Jaafar, 23: Hasroy Hasnan dan Ahmad Irwan Azman, 31 sebanyak RM 1,000 setiap orang atas kesalahan bergaduh di pusat hiburan seminggu sebelum itu.

 

Semua tertuduh sebelum itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa dan disabitkan dengan pertuduhan oleh mahkamah.

 

Mohamad Izwan berkata, beliau yang menimbangkan fakta kes, rayuan serta hujah pendakwaan, memerintahkan semua tertuduh dipenjara empat (4) bulan jika gagal membayar denda.

 

" Ini hukuman dunia mungkin kecil, akhirat tidak tahu lagi," katanya.

 

Semua tertuduh membayar denda itu.

 

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan gaduh gempar di tempat awam iaitu di Mars Pub & Bistro, Jalan Melaka Raya 25, Taman Melaka Raya, di sini, hingga memecahkan keamanan dan juga ketenteraman awam pada jam 0300 pagi pada 03 Julai 2022 (Ahad).

 

Bagi kesalahan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara dipenjara sehingga enam (6) bulan atau denda maksimum RM 1,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan.

 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Bahiyah Amir Haidi menghujahkan supaya hukuman setimpal berbentuk pengajaran dikenakan kepada semua tertuduh.

 

Mengikut fakta, pada hari kejadian, tertuduh Ahmad Irwan yang juga pengadu bersama rakan, Hasroy yang berada di pusat hiburan itu dipukul sekumpulan lelaki Melayu tidak dikenali menggunakan botol.

 

Akibatnya pengadu cedera di mata kanan, benjol pada kepala dan lebam di bahagian badan, manakala rakannya cedera di paha kanan.

 

Punca kejadian apabila pengadu meleraikan perselisihan faham antara sekumpulan lelaki dengan seorang lelaki Melayu dikenali sebagai " Onet ".

 

>>>BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

 https://www.jacknjillscute.com/2022/06/anak-lelaki-gabenor-indonesia-mati.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/kugar-serang-kanak-kanak-9-tahun.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/pas-yakin-akan-menguasai-rakyat-negeri.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/beregu-wanita-badminton-negara-masih.html 

 


@ Jackie San



2 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/07/projek-tanaman-mousang-king-baling.html

    返信削除
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/07/wanita-hina-agama-islam-kelab-komedi.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<