2022年7月23日土曜日

PROJEK TANAMAN MOUSANG KING BALING KEDAH DI SIASAT - SPRM

PROJEK TANAMAN MOUSANG KING BALING KEDAH DI SIASAT - SPRM

 


PETALING JAYA, SELANGOR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang giat menyiasat sekiranya terdapat unsur rasuah dalam projek tanaman durian Mousang King di Gunung Inas di Baling, Kedah selepas terdapat dakwaan sebagai antara punca kejadian banjir dan juga fenomena kepala air berlaku.


Pengarah SPRM Kedah Shaharom Nizam Abd Manap memaklumkan bahawa, setakat ini tiada mana-mana individu ataupun pihak yang tampil membuat laporan rasmi kepada pihaknya.


" Pihak kami sendiri ada membuat tinjauan dan juga siasatan awal untuk mengenal pasti kesalahan di bawah bidang kuasa SPRM.

 

" Sekiranya ada kesalahan dikesan di bawah bidang kuasa pihak berkuasa lain, SPRM akan menyerahkan untuk tindakan pihak berkuasa berkenaan, " jelas Shaharom.

 

Sharom berkata, SPRM juga akan bertemu dengan beberapa pihak lain bagi tujuan pengesahan.

 

Shaharom Nizam turut menggesa individu ataupun mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan rasuah berkaitan isu terbabit untuk tampil bagi tindakan lanjut SPRM.

 

Pada 04 Julai 2022 (Isnin), tiga (3) nyawa terkorban manakala beratus-ratus penduduk terpaksa dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) selepas banjir lumpur melanda Kampung Iboi, Baling, Kedah.

 

Kejadian itu turut menyebabkan lebih 80 rumah terjejas.

 

Dua (2) hari kemudian, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak mempunyai kepentingan terhadap projek tanaman durian Mousang King di Gunung Inas, yang didakwa antara penyebab bencana pada hari tersebut.

 

Sebaliknya, tegas beliau, arahan supaya menghentikan penanaman Mousang King itu dikeluarkan pada Julai 2020, iaitu selepas dua (2) bulan beliau menjadi Menteri Besar yang turut melibatkan arahan kerja penanaman tanaman tutup bumi.

 

>>>BANYAK LAGI ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/johor-bahru-bertekad-keluar-dari.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/beregu-wanita-badminton-negara-masih.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/pas-yakin-akan-menguasai-rakyat-negeri.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/kugar-serang-kanak-kanak-9-tahun.html 


@ Jackie San



0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<