2022年8月23日火曜日

SEMAKIN BERANI MENGHINA AGAMA ISLAM IBU TUNGGAL RELA DIDENDA RM 8,000

DENDA HANYA RM 8,000 HINA ISLAM, IBU TUNGGAL RELA DIDENDA

 

@Jackie San

KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal didenda RM 8,000 oleh Mahkamah Seksyen, pada 12 Ogos 2022 (Jumaat) selepas beliau mengaku bersalah menghina Agama Islam menerusi hantaran dimuat naik menerusi akaun Facebook miliknya, pada Tahun 2020.


Orang kena Saman (OKS) berbangsa Cina iaitu Hong Jia Ming, 34 tahun yang bekerja sebagai perunding syarikat swasta membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.

 

Nor Hasniah turut memerintahkan OKS menjalani hukuman penjara enam (6) bulan sekiranya gagal membayar denda terbabit.

 

Berdasarkan fakta kes, OKS secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik melalui perkhidmatan aplikasi laman web profil Joyceanne Hong pada 0922 malam, 12 Mac 2020.

 

Hantaran itu menyebut ' How many idiots got brain damage thinking their gatherings prayers will keep them away from COVID-19 '  bermaksud (berapa ramai orang bodoh yang rosak otak beranggapan bahawa solat yang didirikan akan menjauhkan mereka daripada COVID-19) dengan perkataan ' So Stupid ' dan ' support them '  (amat bodoh dan sokong mereka) di dalam kotak undian.

 

Ia dilakukan dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain yang kemudian dibaca pada 12.41 tengahari, 13 Mac 2022 di Masjid Muadz Jabal di Wangsa Maju oleh pengadu yang menerima hantaran mesej berkaitan hantaran itu menerusi kumpulan sembang WhatsApp tempat kerjanya.

 

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM 50,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya selain boleh didenda RM 1,000 bagi setiap kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

 

Pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Najihah FarhanaChe Awang mencadangkan mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap OKS.

 

Bagaimanapun, peguam mewakili OKS, Haijan Omar berhujah supaya mahkamah mempertimbangkan hukuman minimum dengna mengambil kira status OKS sebagai seorang ibu tunggal yang mempunyai tanggungan anak lelaki berusia sembilan tahun selain mempunyai penyakit jantung dan bekerja sebagai perunding swasta berpendapatan RM 12,000 sebulan.

 

Semasa dalam proses rayuan, OKS memaklumkan bahawa dia menyesal dengan perbuatannya dan mengakui hantarannya di Facebook itu mencetuskan salah faham dan menyinggung perasaan bekas rakan sekerjanya.

 

" Saya sudah belajar satu pengajaran akibat perbuatan ini dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam meluarhkan pandangan pada masa hadapan," katanya.

 

>>>BANYAK LAGI ARTIKEL DI SINI<<<

 https://www.jacknjillscute.com/2021/06/tidak-solat-pun-confirm-saya-masuk.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/skuad-harimau-malaya-raikan-kemenangan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/isu-salah-faham-tidak-timbul-netizen.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/wanita-hina-agama-islam-kelab-komedi.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/atas-kebodohan-sendiri-wanita-sanggup.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/08/hamzah-menteri-bodoh-goblok-hanipa.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/08/anggota-polis-jururawat-dera-bayi.html 

 


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/07/atas-kebodohan-sendiri-wanita-sanggup.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<