2022年8月29日月曜日

TUJUH PERTUDUHAN PECAH AMANAH DAN NAJIB MEMANG BERSALAH !

 TUJUH PERTUDUHAN PECAH AMANAH DAN NAJIB MEMANG BERSALAH !

 

@Jackie San

 PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa kecewa dan terkejut terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonannya untuk memasukkan bukti berkaitan haki, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

 

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, permohonannya untuk memasukkan bukti tentang kedudukan Mohd Nazlan dalam Kumpulan Maybank sebelum ini, sememangnya mempunyai konflik kepentingan yang cukup besar.

 

" Saya terkejut. Saya kecewa dengan keputusan mahkamah yang tidka membenarkan saya memasukkan bukti baharu yang saya sesungguhnya percaya hakim Mohd Nazlan mempunyai konflik kepentingan yang tinggi.

 

" Beliau pastinya mempunyai pengetahuan peribadi yang dalam tentang semua transaksi berkaitan dana 1MDB dan juga SRC, selain penyiasatan berkaitan penglibatan beliau dalam Maybank oleh SPRM," katanya kepada media di lobi Istana Kehakiman pada 16 Ogos 2022 (Selasa).

 

Mohd Nazlan adalah Hakim Mahkamah Tinggi (kini Hakim Mahkamah Rayuan) yang mendapati Najib bersalah terhadap tujuh (7) tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dana SRC dan memeritahkannya dipenjara selama 12 tahun serta didenda RM 210 juta pada 28 Julai 2020. 


Terdahulu, panel lima (5) hakim Mahkamah Persekutuan menolak pasukan pembelaan Najib untuk memasukkan bukti tambahan yang dikatakan bukti baharu yang membabitkan kedudukan Mohd Nazlan dalam Kumpulan Maybank, sebelum rayuan terakhir kes penyelewangan dana RM 42 juta milik SRC International yang dihadapi bekas Presiden UMNO itu.


Panel yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat turut menolak permohonan Najib untuk menangguhkan prosiding akhir rayuannya antara tiga (3) hingga empat (4) bulan bagi membolehkan barisan peguam baharu yang dilantik itu bersedia dengan hujahan lebih baik.


Sementara itu juga, Najib tetap bersemangat untuk terus melawan semua pertuduhan yang disabitkan terhadapnya walaupun selepas permohonan memasukkan bukti baharu dan penangguhan prosiding rayuan ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.


Mahkamah kemudian menetapkan prosiding rayuan akhir itu bermula pada 18 Ogos 2022 (Khamis).


Tengku Maimun dalam keputusan menolak penangguhan itu, berkata Najib mengetahui tarikh prosiding rayuan akhir, tetapi memilih untuk melantik peguam baharu mewakilinya.


Beliau berkata lagi, walaupun itu adalah haknya untuk memilih tetapi Najib kemudian tidak boleh menyatakan bahawa peguamnya tidak bersedia dengan rayuan terakhir.


Terdahulu, Najib menerusi peguam utamanya, Hisyam Teh Poh Teik memohon mahkamah menangguhkan prosiding rayuan akhir kes itu.


Hisyam yang baru dilantik pada 21 Julai 2022, memohon budi bicara mahkamah untuk menangguhkan prosiding rayuan akhir, sejurus mahkamah menolak permohonannya untuk memasukkan bukti tambahan berhubung peranan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.


Katanya, rayuan akhir itu membabitkan dokumen yang banyak iaitu sebanyak 179 jilid dan keterangan saksi yang ramai.


Hisyam memohon agar rayuan utama ditangguhkan sekurang-kurangnya tiga (3) hingga empat (4) bulan kerana pelantikannya sebagai peguam utama hanya dibuat baru-baru ini.


Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram, pula memaklumkan bahawa pihaknya menyerahkan kepada budi bicara mahkamah untuk membuat keputusan adil.

 

>>>BACA BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

 https://www.jacknjillscute.com/2022/07/projek-tanaman-mousang-king-baling.html

https://www.jacknjillscute.com/2020/08/viral-lim-guan-eng-minta-10-peratus-kos.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/anak-ahli-parlimen-mendapat-layanan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/peguam-heret-kerajaan-ke-mahkamah.html 



@ Jackie San

 

 

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<