2025年10月17日金曜日

LIMA PEMBUNUH SEBABKAN KEMATIAN ZARA QAIRINA DIDAKWA GUNA KAEDAH KOMUNIKASI - AG KOTA KINABALU SABAH MALAYSIA

LIMA PEMBUNUH SEBABKAN KEMATIAN ZARA QAIRINA DIDAKWA GUNA KAEDAH KOMUNIKASI - AG KOTA KINABALU SABAH MALAYSIA

@Jr_Paku Midin Channel


KUALA LUMPUR, MALAYSIA  – [DIKEMAS KINI] Seramai lima remaja perempuan berusia bawah 18 tahun akan didakwa di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah pada Rabu ini atas pertuduhan membuli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dengan mengugut melalui komunikasi.


Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, pendakwaan terhadap kesemua remaja terbabit akan dibuat mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan (Pindaan 2025).


Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


“Mereka akan dituduh pada lusa kerana kesalahan berkaitan kes buli Allahyarhamah Zara Qairina,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.


Mengikut peruntukan tersebut, sesiapa sahaja yang dengan apa-apa cara menggunakan perkataan atau komunikasi berunsur ancaman, kesat atau menghina sehingga menyebabkan seseorang merasa diganggu, tertekan, takut atau bimbang, boleh dikenakan tindakan undang-undang.


Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan pihaknya meneliti kertas siasatan polis dan membuat keputusan menuduh beberapa individu yang terbabit dalam kes buli berkenaan berdasarkan keterangan yang diperoleh.


AGC turut menjelaskan, keputusan menuduh suspek bagi kesalahan buli tidak akan menjejaskan prosiding inkues kematian Zara Qairina yang akan dijalankan di mahkamah.


Sinar Harian sebelum ini melaporkan prosiding inkues bagi kes kematian gadis asal Sipitang, Sabah itu ditetapkan bermula 3 September ini selama 19 hari.

>>>MORE ARTICLE JUST CLICK AND READ<<<

https://www.jacknjillscute.com/2025/08/viral-kes-zara-qairina-diklasifikasi.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/07/viral-kejam-kes-bunuh-zara-qairina.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/08/viral-kes-zara-qairina-tiga-pegawai.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/08/viral-siapa-dalang-sebenar-pembunuhan.html



@Jr_Paku Midin Channel

3 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2025/10/zara-qairina-mahathir-too-many.html

    返信削除
  2. https://www.jacknjillscute.com/2025/10/blood-on-torn-papers-from-sabah-school.html

    返信削除
  3. https://www.jacknjillscute.com/2025/10/engineer-remanded-over-death-threats-to.html

    返信削除

Featured post

Bangkok offers a vibrant mix of cultural experiences, delicious street food and so on!

   https://youtu.be/ekwkI-INaf4?si=8wjwsazrTPmP8Aso >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCHING HERE<<<