2020年10月13日火曜日

VIRAL " Kematian Akibat COVID-19 Di Sabah Kian Parah "



Pentadbiran Kerajaan Sabah Kian Parah : COVID-19


Kuala Lumpur:

Keputusan ujian saringan COVID-19 yang positif ke atas Ketua Menteri Sabah terkini, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor telah mencetuskan kebimbingan yang terlampau akibat penularan wabak berkenaan di Negeri Di Bawah Bayu itu serta kebimbangan yang menyeluruh dalam kalangan jentera pentadbiran kerajaan negeri itu.


Pakar Epidemiologi iaitu Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud turut berpendapat keadaan Ketua Menteri itu sebetulnya sedikit sebanyak menimbulkan risiko tingi ke atas jentera kerajaan negeri terutamanya mereka yang mempunyai kontak rapat dan selalu mendampingi beliau.


" Ini turut membimbangkan jika ahli Kabinet Sabah mempunyai kontak rapat maka mereka juga perlu untuk dikuarantinkan bagi memastikan mereka tidak dijangkiti supaya mampu untuk mentadbir serta berfungsi.


"Kalau jentera kerajaan negeri dijangkiti dengan begitu meluas ia akan melumpuhkan pentadbiran negeri dan ia seterusnya menyukarkan proses pengawalan untuk melaksanakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) di kawasan yang terlibat sepenuhnya di Negeri ini," katanya ketike ditemu bual oleh media.


Pada 09 Oktober 2020 (Jumaat), Hajiji yang telah disahkan positif COVID-19 telah menjalani kuarantin berwajib di Hospital Queen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu, Sabah.


Beliau juga telah dilaporkan menjalani kuarantin kendiri iaitu selama dua (2) minggu secara sukarela selepas salah seorang kakitangannya turut disahkan positif ke atas wabak COVID-19.


Setakat ini, Sabah telah mencatatkan pertambahan kes keseluruhan negara serta kadar peningkatan harian tertinggi terhadap penularan Kes COVID-19 dengan rekod harian kes yang mencecah tiga (3) angka serta kematian akibat COVID-19 turut meningkat setiap hari.



@ Jackie San

2020年10月12日月曜日

VIRAL " Hobi Bertanam Bunga Hasilkan Pendapatan Lumayan "

VIRAL " BARISAN HADAPAN DI SABAH SEMAKIN PARAH DGN SEMANGAT - BOLEH BA KALO KAU "



Perjuangan Barisan Hadapan di Negeri Di Bawah Bayu Kini Semakin Parah - KP KKM


KUALA LUMPUR, 12 OKTOBER 2020 - Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan hari ini yang mana perjuangan petugas di barisan hadapan dalam menentang wabak COVID -19 di Negeri Sabah kini mencapai tahap paling kritikal.


Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa strategi dan juga pendekatan akan diambil bagi memastikan dan memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan di negeri itu.


"Strategi kami adalah berdasarkan kepada pemantauan komuniti, pengesanan kontak dengan mencari, menguji, mengasing dan akhirnya merawat semua individu yang telah dijangkiti serta memutuskan rantaian wabak jangkitan dan seterusnya melakukan sebarang aktiviti dengan memperketatkan sempadan negeri dan juga daerah," katanya menerusi hantaran media sosial iaitu Twitter, hari ini.


Kelmarin, Kementerian Kesihatan telah melaporkan sebanyak 561 kes baharu di negara ini dengan keseluruhan kes tertinggi adalah berpunca dari Negeri Sabah iaitu 488 Kes Positif COVID -19.


Turut dimaklumkan bahawa, setiap hari kematian dilaporkan berlaku di Negeri Sabah dan pertambahan jumlah tertinggi juga berlaku di Negeri Sabah. 


Peningkatan berterusan kes kematian dan juga positif COVID-19 di Negeri Sabah tidak lama lagi jika kita lambat bertindak serta rakyat Sabah sendiri sambil lewa.



@ Jackie San

2020年10月11日日曜日

VIRAL " Charged With Rape Former Paris Deputy mayor "



A Former Deputy Mayor of Paris - accused of sexual harassment by a co-worker was charged on Friday with "rape" and other "sexual assaults," several sources said.


Pirre Aidenbaum, 78, stepped down as deputy mayor last month just weeks after another deputy mayor quit due to protests over his links to a known paedophile.


He was questioned by a judge on Friday and charged, a source close to the case who refused to be named told AFP.


A judicial source, who also wished to remain anonymous, added Aidenbaum had been banned from contacting any victim or witness, and cannot show up at city hall.


His lawyer Maud Touitou told AFP Aidenbaum had been "hit hard" by the accusations against him "and the suffering expressed".


Aidenbaum's resignation last month came after another deputy to Mayor Anne Hidalgo, Christophe Girard, quit in July.


Opposition politicians and women's groups had demanded his suspension over ties to Gabriel Matzneff, a writer who has never hidden his preference for sex with adolescent girls and boys.


Girard has since himself been accused of sexually abusing a minor in a New York Times report he has vehemently denied.


Aidenbaum remains on the city council despite his resignation as deputy mayor, but on Friday Hidalgo asked him to give up his seat "immediately".



@ Jackie San


VIRAL " Penan Idol 2020 "

2020年10月10日土曜日

VIRAL " Oct 2020 TERKINI - Kes Kematian Tertinggi COVID -19 Negara Berpunca Dari Sabah "

 


Ketua Menteri Sabah Positif - COVID 19

Kota Kinabalu Sabah : Terkini, Datuk Hajiji Noor telah disahkan Positif Wabak COVID-19 dan ianya disahkan oleh Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri Sabah itu Effendi Mohamed Sunoh.


Effendi memaklumkan bahawa Datuk Hajiji Noor yang telah menjalani kuarantin kendiri dan telah melakukan ujian COVID-19. Hasil daripada ujian kedua mendapati dan telah mengesahkan bahawa Ketua Menteri Positif COVID-19.


" Keadaan kesihatan Yang Amat Berhormat Datuk Hajiji baik dan juga stabil kata beliau. Walaupun sedang menjalani rawatan secara rasmi, YAB masih meneruskan tugas serta tanggungjawab beliau di tempat rawatan menerusi panggilan telefon. WhatsApp dan juga sidang video. Kerajaan Negeri Di Bawah Bayu (Sabah) berfungsi seperti biasa.


"YAB turut mengajak seluruh rakyat Negeri Sabah senantiasa bertenang dan juga bersama - sama berdoa agar Allah S.W.T. segera menyembuhkan dan juga menyelamatkan Negeri Sabah dan Malaysia amnya daripada Wabak COVID-19. Insya Allah, " Kata YAB.


Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong menerusi kenyataan telah memaklumkan bahawa Datuk Hajiji menjalani kuarantin kendiri selama 2 minggu (14 hari ) iaitu bermula semalam sebagai langkah berjaga - jaga setelah terdedah dengan individu yang didapati positif COVID 19.



@ Jackie San

Viral " Persembahan bertenaga Anak Tempatan Suku Kaum Penan dr Long Raye...

VIRAL " Terbaik Persembahan Tarian Dusun Sumandak Dari Team DOA Limbang "

VIRAL " Cara Mudah Membuka Buah Kelapa Airnya Sedap Diminum Segar "

VIRAL " Cara Mudah Membuka Buah Kelapa Airnya Sedap Diminum Segar "

Featured post

MAN ARRESTED FOR SPRAYING SUBSTANCE AT TEACHERS DURING TOKYO SCHOOL CULTURAL FESTIVAL - TOKYO JAPAN

MAN ARRESTED FOR SPRAYING SUBSTANCE AT TEACHERS DURING TOKYO SCHOOL CULTURAL FESTIVAL - TOKYO JAPAN  @Jr_Paku Midin Channel TOKYO A man has ...