2017年7月18日火曜日

Backpacker ke Surabaya - Yogjakarta - Jakarta, Indonesia

Percutian Ke Surabaya - Yogjakarta - Jakarta (Negara Indonesia)

Tarikh : 11 Hingga 16 Julai 2017
See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/




11/07/2017 (Hari Pertama)





AirAsia X dari Kuala Lumpur - Surabaya



https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com 


Dengan penerbangan AirAsia X Indonesia (XT8298) dari Kuala Lumpur ke Surabaya yang mengambil masa lebih kurang 3 jam. Suasana di dalam pesawat ini penuh dan dipenuhi oleh penumpang Indonesia.


Tibanya di Juanda International Airport (T2), Surabaya, kedatangan kami disambut oleh 4 orang rakan serta penganjur perjalanan kami.
 Oh ya.. untuk pengetahuan di sini dikongsikan sedikit maklumat berkaitan tiket penerbangan serta kos perjalanan / pakej:-


Tiket Penerbangan:

A). Kuala Lumpur - Surabaya = RM 50.92 (termasuk makan)
b). Jakarta - Kuala Lumpur = RM 109.20 (termasuk makan)

Pakej Perjalanan:

( Surabaya / Gunung Bromo / Kawah Ijen / Arabica Guest House / Blue Fire / Malang / Train Station Malang / Transportation )
= RM 450.00


Ok selesai infomarsi di atas...kita sambung balik coretan perjalanan ini k..



Dari Juanda International Airport, Surabaya lebih kurang 2100 malam kami menaiki van yang dibekalkan dengan wifi menuju ke Bromo. Perjalanan mengambil masa 4 jam ke destinasi. Singgah untuk makan malam di Surabaya Street. Hanya makan nasi berlaukkan yang ringan2x kerana makanan di sini rasanya agak pedas dan bagi aku tidak sesuai sekali ditakuti akan sakit perut weiiii...




Makan di Surabaya Street

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com 



12/07/2017 (Hari Kedua)


Lebih kurang jam 0130 pagi, kami singgah untuk berehat selama satu jam di kaki Gunung Bromo, tukar pakaian, cuci muka dll. 


Pada jam 0300 pagi,...bersiap sedia untuk pendakian.Untuk menuju ke puncak, dengan menggunakan 4w Jeep siap sedia untuk membawa kami.

 




Bromo


Selepas melihat matahari timbul, selesai bergambar, Perjalanan diteruskan menuju ke Bromo Crater Via Love Hill. Pemandangan amat menarik sekali. Kami diberi masa untuk membuat pendakian selama satu jam. Pilihan pendakian di sini sama ada mendaki sendiri dengan berjalan kaki ataupun membuat sewaan ke atas kuda dengan kadar IDR 140,000 sehala. Aku mengambil keputusan berjalan kaki menuju ke pintu gerbang sebelum mendaki tangga untuk menuju ke puncak Love Hill, Bromo Crater.



Puncak Bromo
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com 



Sebelum Check In di Arabica Guest House yang amat memenatkan perjalanan hari ini di samping sebenarnya lebih kurang 2 hari kami tidak mandi, sempat singgah di Hotspring berdekatan dengan Arabica Guest House. Masuk dan mandi di sini hanya dengan pembelian minuman kita boleh mandi. Keadaan kolam air panas di sini tidak la sehebat yang pernah aku rasai seperti 'Merarap Hotspring', Bahagian Limbang, Daerah Lawas yang begitu menarik sekali. 

Menuju ke Hotspring 

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com 



Di sini Hotspring nya sekadar terdapatnya 3 kolam air panas.




Selepas itu, kami meneruskan perjalanan kami ke Arabica Guest House. Lebih kurang jam 2000 malam, kami check in di Guest House ini. Sesampainya kami, terdapat ramai pelancong daripada Negara Eutopia yang sedang makan malam. Lebih kurang pesertanya 3 buah van. Selesai mendapatkan kunci bilik masing2x kami terus memesan makanan malam sebelum berehat di bilik. Di Arabica Guest House, makan secara hiding dan dikenakan IDR 65,000/orang (Menu - Telor Dadar, Wing Ayam Goreng, Sup Sayur, Bihun Goreng, Nasi Putih dan Minuman Juice Strawberry).
Pada Jam 0100 pagi, kami diminta untuk check out dan akan meneruskan perjalanan ke Kawah Ijen, untuk mendakki dan melihat Blue Fire.

Arabica Guest House



https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

www.jacknjillscute.com 




13/07/2017 (Hari Ketiga)


Seawal jam 0100 pagi, kami bergerak ke Kawah Ijen untuk menikmati pemandangan Blue Fire. Untuk makluman, Kawah Ijen (Blue Fire) adalah di antara dua kawasan Blue Fire yang hanya ada di dunia. Beruntung Negara Indonesia mempunyai lokasi tarikkan dunia ini.

Kawah Ijen

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com 



Perjalanan kami agak rumit hari ini, kerana hujan yang agak lebat menyukarkan pendakian. Menggunakan baju hujan yang boleh dibeli semasa menuruni van IDR 15,000 lebih kurang RM 5.00. Pendakian dimulakan pada jam 0300 pagi. Sungguh ramai pendaki.


Pendakian ini adalah mengambil masa selama 3 jam untuk naik dan turun 3 jam. Melalui jalan rata lebih kurang 3 km, diikuti pendakian 90 darjah selama 3 km dan seterusnya jalan becak. 


Kami turut merasai dan melihat sendiri Keindahan Blue Fire, Kawah Ijen serta pemandangan matahari terbit.








Taman Wisata Alam Kawah Ijen
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com 


Perjalanan diteruskan pada jam 0800 pagi, bergerak untuk menuju ke Malang. Difahamkan perjalanan akan mengambil masa sekitar 8 jam.
Kami sempat singgah berhenti rehat sambil bergambar dihentian memandangkan pemandangan gunung Bromo yang menarik.


Tibanya di Stesen Keretapi Malang lebih kurang jam 1930 malam selepas makan malam di 'Bakso Restaurant' yang agak Famous. Kawan ku turut merasai nikmat minuman ..aku x ingat apa namanya sekadar perkongsian minuman ini mengandungi ( telor, herba, madu, mahjum dll) untuk meningkatkan tenaga katanya. 


Dengan menaikki Keretapi dari Stesen Malang menuju ke Yogjakarta dengan harga Tiket IDR 175,000. Jarak dan masa perjalanan adalah 8 jam menggunakan "Malioboro Express".






Gunung Malang View

Malang


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com 



14/07/2017 (Hari Keempat)


Lebih kurang jam 0335 pagi, kami tiba di Yogjakarta Tugu Station. Masih awal rasanya, aku bergegas untuk mencari tiket keretapi untuk meneruskan perjalanan ke Jakarta.
Emmmm....Tiket habis kerana difahamkan cuti bagi Negara Indonesia akan berakhir pada hujung minggu ini maka semua tiket perjalanan menerusi keretapi penuh.


Aku terus memesan perkhidmatan Go-Jek /motosikal ala...Grab car untuk menggunakan mode perjalanan menggunakan bas. Dari Yogjakarta Tugu Station - Terminal Bus Biasa Yogjakarta. Lebih kurang jam 0400 pagi, aku ditemani oleh pemandu Go-Jek mencari tiket bas untuk meneruskan perjalananku. Alhamdulillah aku dapat meneruskan perjalanan ku menggunakan bas dari Yogja - Jakarta. 


Aku memilih untuk membeli tiket pada jam 1300 petang berikutan jimat bagi penginapan di hotel serta sesampainya di Jakarta kelak pada waktu pagi pada 15/07/2017.




15/07/2017 (Hari Kelima)



Dengan menggunakan bas dari Yogjakarta - Jakarta mengambil masa lebih kurang 16 jam perjalanan. 


Di Jakarta aku sempat ronda2x melihat Taman Indah Mini Indonesia selain itu sempat posing di Salah satu Masjid Berdekatan Hotel aku serta ke Museum Indonesia, Jakarta. Aku menginap di Hotel Ilham Dua tidak jauh dari Kemayoran Damri Station Bis.













Great Indonesia , Restaurant, Di Jakarta Airport
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com 



16/07/2017 (Hari Keenam)

Mode perjalanan balik adalah melalui Soerkarno Hatta International Airport, Jakarta - Kuala Lumpur. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 50 minit. Tidaklah jauh jika dibandingkan dengan KL - Surabaya. 


Dari Kemayoran Bis Terminal Damri, aku menaikki Bus Damri (Bandara) khas menuju ke sana dengan kos IDR 40,000 sehala. 



Souvenirs dari Soekarno-Hatta International Airport
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com 



Alhamdulillah coretan perjalanan ku untuk kali ini tamat setakat ini sahaja.

Kita akan bertemu lagi pada coretan seterusnya iaitu trip perjalanan ku ke Pattaya dan Bangkok (Thailand) pada 02  hingga 08 Ogos 2017 nanti.

Setia Menanti..Bye..







https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


www.jacknjillscute.com 







2017年7月8日土曜日

Backpacker ke Songkhla, Thailand

Songkran Festival Tahun 2017


Tarikh :  11 Hingga 14 April 2017


Destinasi percutian seterusnya adalah ke Songkla, Hatyai Thailand. Tujuan adalah untuk melihat sendiri keseronokkan pesta air yang diadakan di seluruh bumi Thailand. Hahaha... menarik sekali.

Sekitar Sambutan Songkran Festival (Malam Kemuncak)

Sekitar jam 7 malam waktu Thailand, kesesakan lalu lintas terutama jalan utama ke Pusat Bandar Songkhla ditutup. Haha...memang meriah.
Ramai anak muda tidak kira penduduk di sekitarnya turun ke pusat bandar. Apa lagi...
Semua nak tengok city parade katakan.

Malam ni, tidak boleh bermusuh-musuhan tau!!!
Kerana semua yang berada di pusat bandar ni nak melihat perarakan 'City Parade'.

Wajah anak muda Thai ni semua putih melepak dek kerana disapu dengan tepong kot!!!


Meriahnya Bandaraya Songkla, Hatyai


Bersedia untuk berjuang di medan perang!!!

Masalahnya....
Apabila melintasi garisan merah ni... kita kena hadapi musuh!
Ni salah satu kawasan tidak aman!!!
Ya di mana tue??

Berdekatan deretan restoran Muslim "Halal" area Mc Donald Songkhla.
Musuh jangan di cari

Ko tengok surah berbasah-basahan kita!


Bersama awek2x Songkran Festival..dah habis guna bedak sejuk



Yeah!!!

Berakhirnya Songkran Festival ..lokasi menarik dan syokkkk di Songkla Hatyai, Thailand...

Perjalanan balik dari Hatyai, Songkla menerusi Bas Express akan melalui Danok...
Difahamkan di lokasi Danok, sambutan Songkran Festival hanya pada waktu siang.
Yang lebih menarik adalah di Songkla, Hatyai (Siang dan Malam meriah) sambutannya...

Wassalam...Ketemu lagi untuk Destinasi percutian seterusnya...

Bye 3x

2017年3月11日土曜日

" Backpacker ke Lombok Indonesia "

Destinasi Percutian Seterusnya ke...


LOMBOK, INDONESIA 
( 11 HINGGA 18 FEBRUARI 2017 )


 11 / 03 / 2017


Untuk makluman, tiket penerbangan yang ditempah atau dibeli lebih kurang 6 bulan yang lepas memang amat berbaloi dengan kos RM 270.00 (return) termasuk makan pergi dan balik. Penerbangan ku menggunakan Airasia dari Kuala Lumpur ke Lombok International Airport mengambil masa selama 3 jam 10 minit. Menu utama jika menaikki pesawat AirAsia semestinya Nasi Lemak Pak Nassier. Memang sedap.

Oh ya.. mengenai bekalan wang IDR, bekalan wang telah pun ditukar awal-awal di Kaunter Tukaran Asing Bank Islam berdekatan Pavillion.. Boleh la.. murah gitu.RM 1,500.00 yang telah ditukar.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok...inilah ia...


Selepas selesai urusan imigresen serta pengistiharan barang yang dibawa, bersama sepupu rapat bergerak dan telah mengambil keputusan untuk menginap di Bandar Sengigi untuk malam yang pertama. Ianya berikutan penerbangan kami agak lewat sampai di Bandaraya Lombok iaitu pada waktu tempatan 7 malam. Difahamkan jugak semasa di dalam Pesawat, cuaca di Lombok yang beberapa hari hujan tidak berhenti serta keadaan ombak besar untuk menuju ke Pulau Gili Trawangan. 


Oh ya..mengenai penginapan di Hotel Puri, Sengigi (IDR 350,000 / semalam beserta sarapan pagi untuk dua orang).

 12 Februari 2017 (Hari Kedua)


 Hari Kedua ni, kita telah  menggunakan pakej dengan harga IDR 435,0000 / org untuk ( Gili Trawangan return / Batu Bolong/ Taman Narmada / 5 Air Terjun / Rumah Adat Sasak / Pantai Kuta ). Tetapi untuk hari kedua ni just kita bayar dahulu untuk pengangkutan menuju destinasi tersebut. Manakala perjalanan hari ini adalah dari Puri Hotel, Sengigi dengan menaiki van/bus mereka untuk ke Bangsal (lokasi perhentian menuju ke Gili).  Selepas sarapan di Hotel Puri, Sengigi, bertolak ke Bangsal pada jam 0730 pagi. Penuh van yang kami naikki beserta pelancong yang ingin ke Pulau Gili. Kebanyakannya adalah dari golongan pelancong Mat Salleh. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit ke Bangsal.






Terdapat 3 buat Pulau Gili iaitu  Pulau Gili Trawangan, Gili Air dan Gili Meno. Jadi kami telah bersetuju untuk menuju ke Gili Trawangan yang mana ianya Pulau yang lebih besar serta meriah. Perjalanan ke Gili Trawangan lebih kurang 20 minit. 


Peta Lombok
 
 Sesampainya di Pulau Gili Trawangan, kami telah membuat tempahan penginapan di Emy Homestay untuk 3 malam (IDR 180,000 / semalam beserta sarapan dan bilik aircond).  




Emy Homestay

 13  - 14 March 2017 (Hari Ketiga & Keempat)


Untuk hari ketiga ni,  pusing2x menggunakan basikal dengan kadar sewa IDR 30,000 / hari. Di Gili Trawangan ni ok jer pusing2x menggunakan basikal kerana senang bergerak, mudah dan semestinya murah.  Nak naik kereta kuda maheyyyy.  Dari pangkalan Gili Trawangan - Ombak Sunset - Pantai Escape - Pantai Pandawa Wedding - habis pusing satu pulau.  Best nyer sempat bermain buaian dan melihat matahari terbenam. Pusingan penuh satu Pulau Gili Trawangan lebih kurang 1 jam.





Ombak Sunset







 15 March 2017 (Hari Kelima)


 Seawal 0730 pagi bergerak dari Emy Homestay ke pangkalan Gili Trawangan untuk menaikki bot laju ke Bangsal. Dengan menggunakan tiket ulang alik agak senang tidak perlu untuk membuat tempahan atau membeli tiket. Selama 20 minit lebih kurang di dalam bot laju sampailah sudah ke pangkalan tebingan Bangsal. Omm kami telah sedia menunggu untuk bergerak ke destinasi pakej yang telah ditempah dan dibayar. Sebelum bergerak, kita sarapan dulu di tebingan Bangsal. Selesai sarapan destinasi pertama kami adalah menuju ke Batu Bolong. Tiada bayaran dikenakan hanya sebagai sumbangan untuk yuran masuk. Manakala lokasi keduanya adalah Taman Narmada dan diikuti dengan pakej 5 buah air terjun ( Air Terjun - Benang Kelambu dll dengan pakej termasuk mobil dan pemandu pelancong yang memberikan maklumat IDR 155,000.00 ). Pemandu pelancong kami adalah Mas Edi. Orangnya baik sekali kokkkkkkkkkkkk. Lokasi seterusnya adalah Rumah Adat Sasak dan akhir sekali adalah Pantai Kuta Mandalika ( Untuk menyaksikan Festival Bau Nyale 2017 ).











16 March 2017 (Hari ke Enam)


Pada 15 - 18 hb March 2017 kami berdua menginap di Pantai Kuta Mandalika. Tujuan untuk menginap di sini adalah bagi menyaksikan Festival Bau Nyale 2017 di Lombok Indonesia. Festival ini menarik perhatian dengan lebih dekat di mana masyarakat di sini akan bangun seawal 0430 pagi - 0700 pagi semata-mata untuk menangkap cacing yang pelbagai warna terutamanya merah, kuning, hijau dan macam-macam warna. 

Yang menarik semasa festival ini adalah pelancong asing terutama Mat Salleh akan menggunakan pakaian tradisional iaitu menyarungkan kain serta berpakaian batik Indonesia. haha menarik sekali.
Tetapi setiap lokasi tersebut akan dikenakan bayaran masuk untuk mobil IDR 5,000. 
Di Pantai Kuta Mandalika, penginapan ku adalah di Homestay Anda yang berhadapan dengan Pantai Kuta. Penginapan IDR 200,000 / semalam beserta sarapan pagi. Biliknya tidaklah mewah hanya menggunakan kipas angin. 







Pantai Aa'n
18 March 2017 (Hari Ke Kelapan)


 Sebenarnya dari tarikh 15 hinggalah ke tanggal 18 hb March 2017 kami menetap di Pantai Kuta Mandalika Lombok. Hari ini adalah hari terakhir ku di Kotaraya Lombok Indonesia.  Selamat Tinggal Bandaraya Lombok hingga Berjumpa Lagi.

Wassalam. 


2017年1月23日月曜日

Percutian Tahun 2017

Assalam dan Salam Sejahtera,

Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua pengemar Blog dan pembaca yang budiman. Sekian lama menyepi, al maklum sibuk dengan aktiviti harian serta tugasan maka dicoretkan di sini sedikit sebanyak secara ringkas perjalanan untuk bercuti bagi Tahun 2017 ini nanti.

Baru-baru ini aku sempat untuk bercuti ke Songkhla, Hatyai Thailand pada penghujung Tahun 2016 dan juga ke Pulau Langkawi untuk Sambutan Tahun Baru 2017.

Dipendekkan cerita, dicoretkan di sini aktiviti percutian yang bakal tiba nanti k...Stay tune with me..


a). Januari - Kota Kinabalu, Sabah

Sila terus Click Link ini memudahkan pembacaan.

Click 

>> https://www.jacknjillscute.com/2016/05/kota-kinabalu-sabah-29-april-02-mei-2016.html


b). Februari - Destinasi : Lombok, Indonesia

Disarankan Click Terus ke Link Ini ya >>>

Click >> 

https://www.jacknjillscute.com/2017/03/percutian-ke-lombok-indonesia-11-18.html



c).  April - Destinasi: Songkla, Hatyai Thailand

Silalah terus Click pada link ini >>

Click 

>> https://www.jacknjillscute.com/2017/07/songkran-festival-11-14-april-2017.html


d). June - Destinasi : Songkla, Hatyai Thailand



d). Julai - Surabaya, Indonesia

Silalah berkunjung terus ke blog ini dengan Click >>

Click terus >> 

https://www.jacknjillscute.com/2017/07/percutian-negara-indonesia-surabaya.html


e). Ogos - Pattaya & Bangkok, Thailand

Untuk pembacaan silalah terus klik pautan ini >>

Click 

>> https://www.jacknjillscute.com/2017/11/percutian-ke-pattaya-bangkok-thailand.html


f). Nov - Palembang, Indonesia



Jumpa lagi untuk coretan saya nanti..Bye




2016年5月15日日曜日

Backpacker ke New Zealand Secara Solo

Negara New Zealand 


@Jackie San



Auckland- Paihia Bay Of Islands- Rotorua-Taupo- Waitomo- Picton-Wellington- Kai  koura- Christchurch- Lake Tekapo- Aoraki/Mt. Cook- Queenstown- Auckland




15 - 30 May 2016 ( Utara ke Selatan )

Mode penerbangan menggunakan Malaysia Airlines yang menjadikan terbang ke mana-mana destinasi semasa tugas rasmi mahupun bercuti menjadi pilihan utama ku. Tahun 2015 aku telah memilih untuk menyambut Hari Lahir Ku di Negara Eropah manakala Tahun 2016 ni aku sengaja memilih untuk menyambut Hari Kelahiran Ku di Negara New Zealand.

Penerbangan bermula pada 15 Mei 2016 iaitu dari Kuching International Airport - KLIA. Menginap semalam di Kuala Lumpur iaitu di rumah saudara ku dan seterusnya pada 16 May 2016 menyambung penerbangan dari Kuala Lumpur International Airport - Auckland International Airport, New Zealand. Penerbangan mengambil masa selama 10 jam.


Auckland International Airport




@Jackie San

17 May 2016, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland, NZ. Urusan pasport serta pengistiharan barang termasuk beg mengambil masa yang agak lama di sini. Pertama kena beratur panjang bagi tujuan pasport. Kedua, mengambil beg dan seterusnya beratur panjang mengikut borang pengistiharan barangan apa yang kita bawa dan barulah ditanda oleh Pegawai Imigresen NZ ke lorong mengikut nombor tertera pada kertas pengistiharan barangan. Beg akan dikosongkan dan semua barang mesti dikeluarkan. Jika Pegawai Imigresen NZ bersetuju dengan apa yang cuba diistiharkan oleh kita barulah mereka melakukan imbasan beg di ruang imbasan individu. Proses mengambil masa lebih kurang 1 - 2 jam. Selepas itu, Alhamdulillah baru lah lega ..kerana aku berjaya melepasi semua halangan tersebut tetapi dalam jangka masa yang agak lama juga.
 

17 - 19 May 2016, Paihia- Bay Of Islands (Cape Reinga)






See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/



Keluar sahaja dari balai ketibaan, aku mengambil keputusan untuk menempah perjalanan dari Auckland International Airport - pusat bandar Auckland


(Tambang Skybus NZD 16.00)


 Selepas itu menggunakan mode pengangkutan Intercity Bas dari Bandar Auckland (Sempat juga mencuba Auckland Skytower) - Paihia- Bay of Islands (Destinasi Pertama) tambang bas NZD 37.00 lebih kuräng 4 jam perjalanan. 












19 - 21 May 2016, Rotorua / Taupo





See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Perjalanan dari Paihia- Bay Of Islands (Cape Reinga) - Rotorua menggunakan mode Nakedbus NZ. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam dengan kadar tambang NZD 44.00. Penginapan di semua destinasi kebanyakan aku menempah untuk menginap di YHA Hostels. Kelengkapan yang amat baik di samping layanan yang mesra dari kakitangan mereka serta amat membantu. 


Destinasi ini aku sempat mengunjungi;


  1. Night Market Rotorua 
  2. Makan di Macca Kebab (Halal)
  3. Hobbit Movie Sets
  4. Rotorua Food Court
  5. Sulphur Lake
  6. Rotorua Government Garden 





21 - 22 May 2016, Wellington

@Jackie San






Destinasi ketiga, adalah Bandaraya Wellington. Dengan menggunakan mode perjalanan Intercity Bus dari Rotorua - Wellington mengambil masa lebih kurang 7 jam perjalanan. Perhentian ada betul2x di Wellington Railway Sta. Di Wellington aku menginap di Hotel Waterloo & Backpackers yang telah ditempah awal dari I-Site Rotorua.  Aku sempat mengunjungi Victoria University (Music), Taman serta Wellington Tower.



@Jackie San




22 - 24 May 2016, Picton & Kaikoura 




See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Destinasi ke - 4 ku, Seawal jam 0700 pagi, aku bergerak dari Hotel Waterloo & Backpackers menuju ker Platform 9 di Wellington Railway Sta. untuk menaiki Shuttle Bus (percuma) menuju ke Interislander Ferry Terminal. Perjalanan mengambil masa tidak sampai 10 minit dan ferry yang akan aku naikki menuju ke Picton bergerak pada jam 0900 pagi. Ferry ini amat besar yang mana terdapat 10 deck. Bagi penumpang di bahagian atas manakala terdapat lokasi penyimpanan kenderaan penumpang mulai dari deck 3. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Sampai sahaja di Pelabuhan Interislander, Picton, selesai mengambil beg / luggage, Intercity Bas sudah pun menunggu. Perjalanan pun bermula dari Picton Interislander Ferry Terminal menuju ke Kaikoura. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. 


Destinasi ke - 4 ini aku sempat untuk;



See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

  1. Whale Watch - NZD 145.00
  2. Melawat Kelab Squash Kaikoura
  3. Melawat Fire Station Kaikoura
  4. Melawat Taman Majlis Daerah Kaikoura
  5. Melawat Taman Sejarah Kaikoura



@Jackie San



24 - 25 May 2016 - Christchurch 




See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Destinasi ke - 5 adalah Bandaraya Christchurch. Perjalanan menggunakan Intercity Bus dari Kaikoura - Christchurch dengan tambang NZD 19.00. 

Di Christchurch aku menginap semalam di YHA Christchurch yang betul2x berada di pusat bandar. sempat untuk melawat Taman, Pusat Kraftangan (Kayu), Gereja, Museum serta Botanic Garden Christchurch. 


@Jackie San



@Jackie San



25 - 27 May 2016 - Aoraki /Mt Cook



See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/



Destinasi ke - 6 adalah Aoraki / Mt Cook. Perjalanan dari Bandaraya Christchurch ke Aoraki / Mt Cook menggunakan GreatSighting Bus dengan tambang NZD 177.00. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam 30 minit. Pergunungan yang indah diliputi oleh salji mengambarkan perbezaan di antara Utara ke Selatan Negara New Zealand. YHA Hostels di Aoraki / Mt Cook juga menjadi tempat aku menginap di destinasi ke - 6 ini.




26 May 2016 - Pendakian Aoraki Mt Cook


Sebenarnya perancangan awal untuk mendaki pada jam 0830 pagi. Disebabkan apabila bangun dan didapati cuaca yang masih gelap serta curahan salji maka aku mengambil keputusan untuk tidur semula dan menunggu kiranya ada sinaran matahari barulah memulakan pendakian. Pada jam 0930 pagi selepas sahaja sarapan mula bergerak ke trek pendakian yang terletak berhampiran dengan Hotel Hermitage, Mt Cook. Bersama 2 orang pendaki lain melalui trek rumput kekuningan serta trek di atas landasan papan.

 Laluan permulaan lebih kurang 30 minit - 1 jam tidak la mencabar. Selepas menjumpai papan tanda sama ada untuk ( Ke Kea Point = 15 minit / Sealy Tarns = 3-4 jam ). 

Aku mengambil keputusan untuk membuat pendakian dan memilih laluan ke Sealy Tarns. Laluannya amat mencabar iaitu terpaksa menaiki tangga yang agar curam, melalui trek batu, limpahan batu kecil dan amat merbahaya jika tersilap langkah serta laluan trek yang melalui kawasan angin yang kuat. 

Yang amat menakutkan adalah difahamkan terdapatnya banyak ular di kawasan ini. Selepas membuat pendakian lebih kurang 2 jam ke puncak, aku mengambil keputusan untuk turun semula kerana ingin meneruskan perjalanan ke Kea Point. 

Semasa turun aku sempat menyapa beberapa pendaki yang sedang mula naik ke puncak Mount Cook. Seorang pendaki dari Negara China turut menyapa aku dan menyatakan yang beliau melihat aku di Christchurch dan rupanya bertemu lagi di Puncak Mount Cook. 

Alhamduillah pendakian dan perjalanan turun yang mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk pergi dan balik Pendakian ke Puncak Gunung Cook / Aoraki amat berbaloi bagi ku.




@Jackie San


@Jackie San


@Jackie San






27 - 28 May 2016  Queenstown


See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/



Destinasi ke-7 adalah ke Bandaraya Queenstown. Menggunakan mode perjalanan GreatSight dari Mt. Cook - Queenstown mengambil masa 4 jam 30 minit.

 Pemandu bas yang ramah singgah beberapa kali dan membenarkan penumpang mengambil gambar. Sesampainya di Terminal Bas Queenstown, sempat bertanyakan kepada Pemandu Bas lokasi penginapan aku iaitu The Black Sheep & Backpackers. 

Haha beberapa kali berpusing2x ronda di Kotaraya Queenstown (sesat kononnya)

..akhirnya berjumpa seorang mat salleh yang berasal dari Negara France, berpandukan arah menggunakan google map akhirnya dengan baik hati pemuda tersebut menemani aku pada malam hari hingga mendapatkan The Black Sheep & Backpackers. 

Alhamdulillah, amat baik hati.. beliau turut memaklumkan bahawa beliau telah berapa di Negara New Zealand hampir 1 Tahun dan mode perjalanan ke negara ini adalah sebagai Bekerja dan Bercuti.  



Bandaraya Queenstown amat cantik. Terdapatnya Waterfront, Kapal Layar, Taman Memorial, serta Kota Mewah untuk bershopping semuanya di tengah2x Bandaraya Queenstown. Harga barangan, cenderamata, makan malah penginapan ku rasakan di Bandar Queenstown memang agak mahal berbanding lokasi/destinasi sebelum ini.

Di antara destinasi yang sempat ku lawati di Queenstown adalah;




@Jackie San





@Jackie San



@Jackie San


See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/







Dikongsikan juga itinery travel solo ke Negara Eropah. Jika anda berminat untuk membaca atau mendapatkan idea untuk travel ke sana, silalah baca artikel yang ada di blog ini.


Click pada link di bawah bagi mendapatkan info mudah, ringkas serta banyak negara dan lokasi menarik yang menanti pembacaan anda!!


Saya hanya travel solo ke Negara Eropah selama 13 hari !!!














@ Jackie San







Featured post

'HOLDING BACK IS EVIL': GEN-ZERS REVIVE JAPAN'S CORPORATE MACHISMO - TOKYO JAPAN

'HOLDING BACK IS EVIL': GEN-ZERS REVIVE JAPAN'S CORPORATE MACHISMO - TOKYO JAPAN @Jr_Paku Midin Channel TOKYO Huddled together s...