2018年9月17日月曜日

Besar Pahala Memberi Salam


SALAM ITU MUDAH
 “ UCAPKAN LAH ”


See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/ 
                                www.jacknjillscute.com


Dari Riwayat Muslim:

“ Kamu tidak akan masuk Syurga sehinggalah kami beriman.
Kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu saling berkasih sayang.
Maka, mahu aku tunjukkan kepada kamu suatu perkara yang apabila kamu lakukan kamu dapat saling berkasih sayang?
(Itulah) Maka,
Sebarkanlah Salam dalam kalangan kamu ”.



Imam Al-Nawawi dalam syarah hadis ini menyatakan bahawa dalam riwayat lain Rasulullah memulakan sabda dengan ungkapan sumpah.

“Demi Zat yang diriku di tangan-Nya!”


Lihatlah, ini penegasan yang begitu jelas daripada Rasulullah. Betapa kepentingan dan kelebihan jika kita menyebarkan dan mengungkapkan salam yang mempunyai kesan yang sangat hebat dalam membentuk kemuliaan umat. Hanya mereka yang dimuliakan Allah akan dapat memasuki Syurga, tempat yang penuh kemuliaan dan keredhaan Allah S.W.T.

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/ 
www.jacknjillscute.com
 

Islah Hasil Dari Salam

Dengan penyebaran salam akan menatijahkan sifat berkasih sayang dalam kalangan masyarakat, bahkan sangat mempunyai kesan kepada islah diri seseorang.

Imam Al-Nawawi pernah menyatakan bahawa ini akan melunakkan hati sesama umat manusia, menzahirkan syiar mereka yang sangat istimewa, terkandung dalamnya latihan kerohanian untuk nafsu, melazimkan tawaduk dan pengagungan terhadap kehormatan kaum Muslimin.

Oleh itu, amalan menyebarkan salam tidak semestinya hanya apabila kita kebetulan bertemu. Bahkan kita mestilah berusaha mencipta peluang menyebarkan Salam. Baik kepada yang kita kenal, mahupun yang kita belum mengenalinya. Inilah semangat yang ditunjukkan oleh Sayidina Abdullah bin Umar.


Kuasa Ziarah 
              See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/      
 www.jacknjillscute.com
 

Apakah amalan yang paling mudah bagi membolehkan kita menyebarkan salam?

Jawapannya, bertemulah dengan seramai mungkin umat Islam dengan tujuan menyebarkan Salam.

Untuk  menyebarkan salam, kita perlu bersua muka. Maka adalah sangat baik bagi merealisasikan amalan ini secara praktikal, kita melakukan amalan ziarah kepada semua ahli kariah. Dari lorong ke lorong, pintu ke pintu, blok ke blok, kampung ke kampung bahkan masjid ke masjid berdekatan!

Setiap jalan dan lorong yang kita ziarah, niatlah di dalam hati kita semata-mata kerana Allah S.W.T. Demi mencari ruang untuk menyebarkan salam, berkenalan, berkasih sayang dan membina keimanan diri. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Al-Nawawi, amalan ini akan mampu mengislahkan peribadi seorang Mukmin dengan sifat rendah hati, tawaduk dan sifat memuliakan sesame Muslim. Selain dapat meraih islah dirinya dan memupuk sifat kasih sayang dalam kalangan umat Islam, amalan ziarah menghasilkan kesan sampingan positif yang lain.


See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/ 
www.jacknjillscute.com
 

Rasulullah pernah bersabda,


Dalam Riwayat Ahmad,
“ Wajiblah kasih sayang-Ku, bagi mereka yang berkasih sayang kerana-Ku, mereka yang sering duduk-duduk bersama kerana-Ku, mereka yang saling berziarah kerana-Ku dan mereka yang saling membelanjakan harta kerana-Ku.”



@ Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Saga International Balloon Fiesta Khusyu Japan 2024

   https://youtu.be/o645gMX3fb4?si=keoh6XL9KDBkAqO1 >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH<<<