2018年9月19日水曜日

" Haram ataupun dibolehkan memakan daging haiwan ternakan yang diragui pengendaliannya "


“ WAGYU ”

Lembu Minum Arak


See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/ 
www.jacknjillscute.com

 
Tahukah anda bahawa seekor lembu boleh memberikan kekayaan kepada penternaknya. Di Negara Jepun dan Australia lembu amat mahal harganya dan ianya memberikan pulangan yang lumayan kepada penternak lembu di kedua-dua negera ini.

Mengapakah harga lembu begitu mahal?
Malah dikaitkan dengan kualiti penjagaan, makanan dan penjagaannya turut memerlukan kos yang tinggi. Lembu ini sebenarnya memberikan kualiti daging yang tinggi harganya.

       Disebabkan demikian rupa, terdapat kontroversi berkenaan tujuan penambahbaikan sistem penghadaman lembu Wagyu dan bagi jaminan lembu itu kenyang terutamanya di kedua-dua negara tersebut yang mempunyai musim sejuk. Sebenarnya makanan yang diberikan oleh lembu ini sebenarnya telahpun dicampurkan dengan sake (minuman keras yang diperbuat daripada beras yang sudah diperam). Jika di Negara kita, lebih dikenali dengan “proses penapaian”. 

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
               www.jacknjillscute.com
        

Bagi penternak di Australia Barat, di sekitar Sungai Margaret penternak ini melakukan perkara yang sama seperti penternak di Negara Jepun. Mereka menambahkan wain merah ke dalam makanan lembu mereka. 
See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/ 
 www.jacknjillscute.com


NAJIS DALAM MAKANAN

       Apa yang berlaku terhadap lembu WAGYU di Jepun dan Australia bukanlah satu-satunya contoh penambahan bahan-bahan kotor dan juga najis dalam makanan ternakan dalam industri ternakan pada amnya. Dalam industry ternakan kambing juga, salah satu makanan yang diberikan kepada haiwan ialah perapan hampas tumbuhan yang dipanggil silaj. Di sesetengah tempat, penternak kambing menggunakan hampas gandum dari kilang-kilang arak untuk dijadikan silaj. Bagi negara kita, kebanyakan penternak untuk mendapatkan bahan tanaman dengan kos yang rendah menggunakan hampas padi dan juga hampas tebu bagi tujuan penghasilan silaj.

    
See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/ 
                  www.jacknjillscute.com


   Dalam industri perikanan pula, ada penternak ikan air tawar membaja kolam ikan mereka dengan menggunakan najis ayam bagi tujuan menggalakkan pertumbuhan plankton yang menjadi makanan utama anak-anak ikan. Malah kita pernah digemparkan dengan berita penternakan ikan keli di dalam kolam kumbahan ladang ternakan khinzir yang bertujuan untuk membersihkan air kumbahan tersebut. Hasilnya, ikan-ikan yang diternak hidup dalam persekitaran yang kotor dan makanannya bercampur dengan najis tersebut.

       Dedak makanan ternakan seperti dedak ayam, ikan, itik, kuda, kambing juga mengandungi campuran bahan-bahan yang diragui kesuciannya. Antaranya adalah seperti serbuk daging, tulang dan juga darah yang bersumberkan bahan-bahan najis seperti darah, bangkai haiwan dan binatang berstatus haram.

       Di Negara German dan Belanda, kajian telah membuktikan bahawa ayam ternakan diberikan makanan tambahan yang dipanggil hydrolyzed protein. Bahan yang diperbuat daripada unsur ternakan khinzir ini digunakan untuk mempercepatkan kadar pertumbuhan ayam dalam masa yang amat singkat. Malangnya kajian telah membuktikan bahan ini bukan sekadar mempercepatkan tumbesaran ayam, malah telah mengubah keseimbangan sel dalam tubuh ayam tersebut. Sel-sel asal tubuh ayam hanya berbaki 40% dan selebihnya telah didominasi oleh sel-sel haiwan khinzir tersebut.

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
                www.jacknjillscute.com


PENYELESAIAN ILMUWAN KONTEMPORARI

       Mungkin ramai yang mencadangkan kaedah hokum haiwan jallalah digunakan sebagai kaedah penyelesaian dalam isu ini. Namun, perubahan keadaan serta perkembangan teknologi yang berlaku sebenarnya menuntut ijtihad baharu dalam kes-kes terkini. Atau sekurang-kurangnya, semakan semula perlu dilakukan terhadap kes-kes terdahulu berdasarkan kajian dan maklumat yang terkini.

       Para ilmuan kontemporari tidak bersepakat dalam mengeluarkan fatwa terhadap isu sebegini. Namun begitu, penyelidik sebelum ini berpendapat bahawa perbezaan fatwa-fatwa mereka dalam isu ini merupakan satu rahmat. Setiap pendapat memiliki kelebihan tersendiri untuk dipraktikkan dalam keadaan yang berbeza.


# 1 HARAM UNTUK DIMAKAN SEBELUM DIKUARANTINKAN

Sekiranya makanan mengubah sifat asal haiwan. Hal ini berdasarkan qiyas terhadap jallalah, dengan memilih pandangan mazhab Hanbali dan Zahiri. Fatwa ini merupakan fatwa Syeikh bin Baz dan Syeikh Soleh bin Fauzan. 


# 2 HARAM UNTUK DIMAKAN JIKA BERCAMPUR DENGAN NAJIS BERKAIT DENGAN KHINZIR

Terdapat kajian yang membuktikan perbezaan khinzir jika dibandingkan dengan haiwan lain. Sel-sel khinzir dikatakan agak dominan, tidak berubah, malah dalam sesetengah keadaan mendominasi sel-sel haiwan yang lain. Demikian pandangan Syeikh Dr. Abdul Nasir Abu al-Basal; ulama Jordan.

       Fatwa ini praktikal dalam kes ternakan ayam yang diberikan hydrolysed protein dan kes-kes yang seumpamanya.


# 3 HARUS DIMAKAN

Menurut para ilmuan yang memilih fatwa ini, campuran najis yang terdapat di dalam makanan haiwan tidak memberi kesan kepada haiwan yang memakannya. Hal ini disebabkan oleh jumlahnya yang sedikit. Selain itu, campuran makanan haiwan tersebut telah melalui dua proses (transformasi – istihalah; pemusnahan-istihlak).

       Dalam proses transformasi, campuran makanan telah berubah kepada bahan lain yang tidak lagi dikategorikan sebagai najis. Dalam proses pemusnahan pula, sifat-sifat najis yang terdapat pada campuran makanan haiwan telah lenyap. Kuantiti najis yang sedikit dalam campuran makanan juga telah membolehkannya dikategorikan sebagai najis yang dimaafkan.

       Fatwa ini  telah menjadi pilihan kepada persidangan, antaranya Muktamar Fiqah Perubatan, Kuwait, 1995 dan Himpunan Fiqah Sedunia, Dar al-Baidha’, 1997. Antara ilmuwan yang memilih fatwa ini ialah Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi, Muhammad Abdullah al-Khatib dan Syeikh Jad al-Haqq Ali Jad al-Haq.

       Fatwa ini sesuai dipraktikkan jika kuantiti najis dalam campuran makanan adalah sedikit, tidak memudaratkan dan tidak memberikan kesan perubahan terhadap haiwan itu sendiri. 


# 4 HARAM DIMAKAN

Melibatkan kes-kes yang berkaitan penternakan ikan air tawa, terutamanya ikankeli dan patin, yang dilaporkan melibatkan pemberian makanan bersumberkan najis serta penternakan dalam tempat yang bernajis.

       Menurut mereka yang mengeluarkan fatwa ini, daging haiwan yang memakan makanan tersebut telah bercambah daripada sumber yang haram. Dalam kes makanan yang melibatkan sumber ternakan khinzir, khinzir merupakan najis berat. Tambahan lagi, tidak ada cara yang boleh memisahkan najis tersebut daripada haiwan. Fatwa ini turut diwartakan berasaskan kaedah Sad al-Zari’ah, sebagai langkah berjaga-jaga daripada terjerumus terus ke lembah yang haram.

       Ini merupakan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada persidangan sesi 4-6 April Tahun 2006 dan Majlis Fatwa Negeri Kelantan. Juga merupakan fatwa pilihan beberapa tokoh ilmuan tempatan seperti Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Hj. Harussani bin Hj. Zakaia; Mufti Perak dan Dato’ Setia Haji Mohd. Tamyes bin Abd. Wahid; Mufti Selangor.

       Fatwa ini dianggap praktikal dalam kes-kes yang mendatangkan mudarat dan kesan buruk kepada pengguna.


# 5 MAKRUH UNTUK DIMAKAN

Sekiranya campuran makanan mengubah sifat asal haiwan. Walau bagaimanapun, haiwan tersebut harus dimakan selepas dikuarantin. Fatwa ini berasaskan qiyas terhadap haiwan jallalah.

       Pandangan ini dipersetujui beberapa ilmuwan seperti Syeikh Prof. Muhammad Abu Zuhrah dan Mustafa al-Adawi. Fatwa ini sesuai dipraktikkan jika haiwan yang memakan makanan tersebut memenuhi syarat-syarat haiwan jallalah.

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/ 
           www.jacknjillscute.com

 
 Sains dan teknologi berkaitan dengan perubahan sifat yang ditunjukkan haiwan juga boleh dirujuk di dalam artikel sebelum ini. 
Sila berkunjung dan baca artikel ini. Hanya klik pada pautan di bawah >>>>


 
@ Jackie San



0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

WHY JAPAN COUNTRY HAS MANY FESTIVALS ?

WHY JAPAN COUNTRY HAS MANY FESTIVALS ? @Jackie San EXPERIENCE JAPANESE FESTIVALS WITH HISTORY In the past,  the celebrations served as eithe...