2019年10月6日日曜日

Petronas Bayar Cukai Gas Dan Minyak Sarawak Hujung Tahun 2019


PETRONAS BERIKRAR :
Bayar cukai minyak & gas kepada Sarawak sebelum hujung tahun 2019 - KM Sarawak 

SIBU: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abg Johari Tun Openg memberitahu cukai minyak & gas yang masih belum dilangsaikan hutangnya oleh PETRONAS kepada Sarawak akan diselesaikan dalam masa dua bulan ini.

Justeru itu, beliau mahu rakyat Sarawak bersabar tentang perkara tersebut.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Kerajaan negeri akan mengadakan rundingan dengan kerajaan pusat bagi penyelesaian tersebut, " katanya pada Sei Townhall ketika 'Program Berambeh Ngan' kira - kira 1,000 warga Bahagian Sibu di Dewan Kompleks Islam Bandar Sibu, hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dr. Annuar Rapa'ee, Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Residen Bahagian Sibu Charles Siaw.

Bagaimanapun, beliau berkata Negeri Sarawak mempunyai cara ataupun kaedah lain untuk tujuan tersebut dan akan mengadakan rundingan dengan kerajaan pusat.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Ia akan selesai dalam dua bulan ini," Janji KM Sarawak.

Abang Johari berkata, kerajaan pusat harus menghormati hak Sarawak dalam apa jua keadaan.

"Kerajaan negeri menuntut hak kita dan kita mengenakan cukai ini bukan sesuka hati tetapi berdasarkan perlembagaan dan undang-undang," tegasnya lagi.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Menutusnya, Sarawak telah mengeluarkan hasil minyak dan gas sebanyak RM 660 billion sejak dari 1976 sampai 2018 tetapi hanya mendapat RM 33 billion sahaja.

"Itu sebab kita melaksanakan cukai ini sebagai pendapatan tambahan kita, " tegasnya lagi.

Beliau mendedahkan PETRONAS tidak pernah membayar cukai sejak Januari 2019.

"Shell, Murphy Oil da Pertamina sudahpun membayar kita, " Alhamdulillh katanya.

Dalam perkara lain, beliau telah mengambil perhatian terhadap beberapa pembangunan yang akan dilaksanakan di Sibu.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Antaranya, menurut beliau ialaha rancangan membina litar lumba, mereka bentuk semula tebingan Batang Igan, mewujudkan Sibu moden dan Smart City di Jalan Oya, mewujudkan sekolah antarabangsa dan mewujudkan Taman Hijau.

"Saya tidak cakap sahaja. Kita akan laksanakan secepat mungkin, asalkan umur saya panjang, " katanya lagi.

Beliau memberitahu, semua pembangunan memerlukan masa untuk dilaksanakan.

Jelasnya, kerajaan memerlukan pelan dan perancangan yang teliti tentang pembangunan tersebut sebelum ia dapat dilaksanakan.

Tegas Beliau - Sokonglah GPS untuk Masa Depan Sarawak !!!

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. PETRONAS jelaskan hutang gas & minyak Kepada Sarawak Sebelum Akhir 2019

    返信削除

Featured post

KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN

  KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN @Jackie San Apr 6 / 11:00 AM   〜   4:45 PM Kanamara Matsuri (otherwise known as the “Penis Festiva...