Tuesday, 19 November 2019

Syed Saddiq Punca Kekalahan PRK Tg Piai


Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam kenyataan pertamanya berikutan kekalahan besar PH di Tanjung Piai semalam berkata, 'Kemarahan Rakyat' di situ perlu dijawab dengan tindakan di pihak Pakatan Harapan (Kerajaan).

PETALING JAYA: Pemuda PPBM Terengganu hari ini mempersalahkan ketua nasionalnya Syed Saddiq Abdul Rahman atas kekalahan yang dialami calon Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai.

Ketua Pemuda PPBM Terengganu Syaiful Irfan Anang berkata, Syed Saddiq yang juga merupakan ketua Pemuda PH tidak menjalankan tugasnya sebagai pemimpin yang berkesan untuk memobilisasi jentera Pemuda yang "Sangat Lemah" ataupun "Kerja Sambil Lewa".

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Teguran ataupun hukuman perlu diberikan kepada beliau (Syed Saddiq) kerana realitinya pada PRK sebelum ini dan kali ini, PH mengalami kekalahan terbesar dan memalukan," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam PRK Tg Piai calon Barisan Nasional (BN) Wee Jeck Seng mengalahkan calon PH, Karmaine Sardini dengan majoriti besar 15,086 undi untuk merampas semula kerusi berkenaan.

Sejujurnya ini kekalahan berterusan Kerajaan Pakatan Harapan disebabkan memberikan tanggungjawab kepada Menteri yang "Sambil Lewa" melakukan tugasan yang diamanahkan, Kata Syaiful Irfan. Beliau turut menolak keras kenyataan bekas timbalan presiden PKR Syed Husin Ali yang sebelum itu menyifatkan kekalahan di Tanjung Piai memperlihatkan kekecewaan rakyat terhadap PH, terutamanya kepimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau sebaliknya berkata, keputusan pengundi untuk tidak menyokong PH berpunca daripada pelbagai isu yang tidak diselesaikan dengan baik melibatkan menteri belia dan sukan itu, terutamanya berkaitan istana Johor yang berpunca dari Syed Saddiq sendiri.

Katanya, Syed Saddiq perlu menyelesaikan pelbagai isu kontroversi yang dikeluarkan oleh mulut beliau, sekali gus memperkasakan akar umbi dan Pemuda Pakatan Harapan.

"Ketua Pemuda PH perlu bermuhasabah dan segera menyelesaikan pelbagai konflik dan perkasakan akar umbi dan barisan Pemuda PH supaya Pakatan Harapan akan dipercayai, bertambah maju dan berdaya saing," katanya.

Syed Saddiq dalam kenyataan pertama beliau berikutan kekalahan besar PH di Tanjung Piai malam tadi meminta maaf atas kekalahan tersebut, selain berkata "Kemarahan Rakyat" di situ perlu dijawab dengan tindakan di pihak gabungan kerajaan itu.

"Kekalahan ini pahit untuk ditelan. Rakyat sudah bersuara. Suara rakyat, suara keramat.

"Secara ikhlas saya memohon maaf atas kesilapan yang saya lakukan kepada Pemuda atas kelemahan yang saya tunjukkan," katanya yang juga merupakan ahli Parlimen Muar.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

1 comment:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2019/11/syed-saddiq-punca-kekalahan-prk-tg-piai.html

    ReplyDelete

Featured post

Program Pemimpin Bersama Rakyat Di Rh Aling Thaddeus Pulau Brunei, Daer...

  https://youtu.be/cRX8JpTL0X0