2020年4月19日日曜日

48 Kes Kluster Dari Kayangan Bawa Balik COVID-19



COVID-19 : 48 KES POSITIF DARI KALANGAN KLUSTER KAYANGAN LUAR NEGARA 

PUTRAJAYA : Sebanyak 48 lagi kes baharu Positif COVID-19 dari kalangan rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes kumulatif meningkat kepada 65 kes baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada jumlah kes baharu positif itu, 43 orang adalah pelajar yang pulang dari Magetan, Indonesia; tiga dari Acheh dan masing-masing satu kes dari Turki dan Kalimantan, Indonesia.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Untuk kepulangan warganegara kita, ada 89 stesen kuarantin untuk mereka dan setakat ini kita ada 11,725 PUS (orang di bawah pemantauan) dan sampel yang telah diambil 8,410. Daripada sampel itu, yang positif ialah 65 termasuk 17 kes yang saya telah umumkan semalam, " katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita mengenai berapa banak sampel yang telah diambil dan bilangan kes positif dalam kalangan rakyat Malaysia yang dikuarantin selepas dibawa pulang dari luar negara.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Ditanya perkembangan kes positif di setiap kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Dr Noor Hisham berkata hanya Menara Plaza City One di Kuala Lumpur sahaja mempunyai pertambahan satu kes positif hari ini menjadikan jumlah meningkat kepada 40 kes.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Manakala tiada pertambahan kes di kawasan PKPD yang lain dan KKM (Kementerian Kesihatan) masih memantau keadaan di setiap kawasan PKPD itu," katanya.

Lokasi PKPD lain melibatkan kawasan di Bandar Baru Ibrahim Majid di Kluang, Johor, Kampung Sungai Lui, Hulu Langat di Selangor; Malayan Mansion dan Selangor Mansion di Kuala Lumpur.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San



Sila Lah Baca Artikel Berkaitan COVID-19
<<CLICK LINK>>>










1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/04/48-kes-kluster-dari-kayangan-bawa-balik.html

    返信削除

Featured post

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN @Jackie San KUMAMOTO Police in Kumamoto City, Kumamoto Prefecture, ...