2020年5月4日月曜日

4 Punca utama mengapa bisnes tetap Gagal !




4 Punca Utama Mengapa Bisnes Tetap Gagal

Pasti hairan kan bertahun-tahun buat bisnes tapi tidak menampakkan hasilnya. Malah ada ramai pelanggan tetapi hakikatnya lepas melanggan hilang begitu saja ?  Hasilnya maka hati akan berkata tak apa, stop kat sini lah, ku nak cuba bisnes lain pulak esok ???


Ini di antara ramai orang kita terutama yang baru berkecimpung dengan dunia bisnes, hari ni bukak kedai terus beranggan esok banyak lagi dapat ni. Then bukan itu saja terus berasa dirinya sudah berjaya dan....

Asyik memikirkan masalah keluarga, maka timbullah difikiran nak buat bisnes itu, bisnes ini sampaikan berfikir siang malam jika bisnes gagal macam mana nak menyara keluarga, anak bini dan sebagainya.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Sebenarnya, berbisnes ni sememangnya mudah jika kita tahu, rajin bertanya, goggle dan juga dari pengalaman sebelumnya. Tapi tidak dinafikan segelintir kita yang tidak mempunyai ilmu, pengalaman berbisnes, maka itulah punca atau faktor yang membawa kegagalan dengan masa singkat.

Ok !.. 
Di sini saya kongsikan sedikit ilmu supaya kita sama-sama belajar walaupun tiada pengalaman dalam mencapai impian sekurang-kurangnya dengan sedikit modal boleh berjaya mencapai dan meningkatkan pendapatan peribadi kita. Ya....

1 # NIAT 
Jika ingin membuat sesuatu bisnes ni, pastikan niat kita betul. Sebab bukan apa jika niat hanya untuk mendapatkan duit nescaya bisnes tersebut tidak sampai ke mana, mungkin hanya bertahan sebulan, dua bulan, enam bulan ataupun esoknya tutup terus.!!!
Jika niat kita betul untuk membantu orang dan menyenangkan orang lain, maka Insya Allah ianya membuahkan hasil yang lumayan dan diberkati Allah S.W.T. Tidak kisahlah agama mana sekalipun, sebab Tuhan tidak mengajar umatnya membebankan dan menyusahkan hambanya yang lain.


2 # Target Pelanggan
Jika niat sudah betul maka tetapkanlah kepada siapa bisnes kita dituju. Sebagai contoh, buka kedai makan tepi jalan, menu sesuka hati, tidak kaji siapa atau golongan mana yang selalu melintasi kedai kita. 

Paling senang kaji / soal selidik adakah kawasan kediaman kita ni penduduknya ramai isi rumah, kawasan penempatan pelajar, kilang dan sebagainya. Sekiranya lah, kawasan tersebut dipenuhi oleh golongan pelajar Universiti, maka sediakanlah menu yang senang, ringan yang membuatkan pelajar meminta-minta untuk disediakan. Paling senang, menu roti canai, mee goreng mamak, burger, nasi pattaya, nasi lemak dan sebagainya. Mana mungkin pelajar ni mahukan menu yang kita rasa kita saja yang suka makan !!!

Senang sekali difikiran bahawa, pastikan diri kenal dan mengenali apa pelanggan suka makan !!!



https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


3 # Layanan Baik
Jika Niat kita betul, menu ikut selera pelanggan maka dekatkan diri dengan pelanggan seperti bertanya khabar, ataupun berikan senyuman sebelum pelanggan singgah, berada mahupun selepas membuat bayaran hasil menu yang dihidangkan. Sedangkan sebuah senyuman itu pasti ianya adalah sedekah (bagi yang Muslim). Tak rugipun. Insya Allah pelanggan akan datang kembali ke kedai makan kita. Sebagai contoh jika bisnes kita kedai makan.


4 # Promosi

Jika buat bisnes ni walaupun niat dah betul, pelanggan betul mahupun pelanggan kita tetap adalah digalakkan zaman teknologi yang serba maju ni untuk mempromosikan diri dan juga bisnes sedia ada sama ada melalui media sosial - Facebook, Twitter, Email dan juga buatlah pamplet atau banner untuk mempromosikan bisnes kita.

Dunia semakin maju dengan teknologi "IOT- Intelligent Of Technology" rugi jika kita tidak mempromosikan bisnes sedia ada agar menu yang kita sediakan di kedai yang kecil akan lebih ramai pelanggan yang akan mencuba mana tahu akan terkenal seantaro dunia!!!
Salah satu tujuan untuk mewar-warkan bisnes kita adalah untuk membuatkan orang tahu sebenarnya bisnes kita ni wujud. Buat bisnes ni jangan fikirkan pasal untung dulu, buat sehabis baik, review komen pelanggan untuk tambah baik. Walaupun bisnes kita kecil-kecilan hah tengok suatu hari nanti kita / you akan berjaya.

Lihatlah sedangkan mereka yang berjual di tamu pun laku jualannya bertahun-tahun mana mungkin kita yang jual di depan rumah siap ada set karaoke tidak pernah untung ???

Kaji apa masalah dan rintangan sebenarnya???

Adakah kemalasan melanda ???

Adakah mengharapkan titik peluh orang lain untuk bisnes kita maju ???

Adakah hanya sekadar angan-angan mat jenin ???

Adakah tersenyum hari ni laris, esok tidak payah bisnes sebab untung hari ini banyak ???

Atau..atau...atau... Terlalu banyak alasan susah mau cakap !!!


### Fikir-fikirkan... Seseorang yang tidak mengubah nasibnya, maka akan susahlah kehidupannya berterusan!!! 

### Tiada yang mampu mengubah nasib kita selain dari kita sendiri !!!

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


ARTIKEL BISNES ANDA PERLU BACA 
>>> CLICK LINK <<<






@ Jackie San


1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/05/4-punca-utama-mengapa-bisnes-tetap-gagal.html

    返信削除

Featured post

JAPAN FESTIVAL'S AND YOU MUST KNOW FAMOUS FESTIVAL IN JAPAN

JAPAN FESTIVAL'S AND THINGS TO KNOW FAMOUS FESTIVAL IN JAPAN @Jackie San Japan's festivals are important to its culture and history....