2020年6月29日月曜日

Viral "Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Lawas Gagal Tanggani Isu Air Kpg Punang dan Awat-Awat"

SELESAIKAN MASALAH BEKALAN AIR AWAT-AWAT DAN PUNANG : HENRY

Lawas:
Selesaikan segera masalah bekalan air yang dihadapi penduduk dari Kampung Awat-Awat dan Kampung Punang, Lawas dengan kadar segera.

Itu gesaan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Henry Sum Agong terhadap Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Daerah Lawas yang masih gagal menyelesaikan masalah itu sejak sekian lamanya.

"Sudah banyak kali rakyat mengadu masalah sedemikian tetapi yang jelas JBALB masih gagal menangganinya. Kita mohon JBALB buka mata dan serius dalam perkara ini kerana saya sudah sakit telinga mendengar masalah air ini yang sehingga kini masih tidak dapat diselesaikan," katanya sewaktu menghdiri taklimat pembangunan Daerah Lawas.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Lawas, Ketua-Ketua Jabatan daripada agensi pelaksanan projek di Daerah Lawas.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Ahli Parlimen Lawas itu berkata, hasil lawatan ke lokasi terjejas mendapati tindakan segera perlu juga diambil bagi mengatasi masalah sedemikian yang sudah lama berlarutan dan bertahun-tahun tidak diselesaikan.

"Sehingga kini masih ramai penduduk yang bertemu dengan syaa untuk mengadu masalah bekalan air," tambahnya.

Selain projek bekalan air, beliau turut mahu semua agensi pelaksanan bekerja dalam satu pasukan khususnya membabitkan tapak projek dan segala yang berkaitan dengan tanah bersama Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang.

"Kita tidak mahu apabila dalam peringkat pelaksanaan akan timbul isu tuntutan tanah dan sebagainya yang akhirnya menjejaskan pelaksanaan projek itu kelak," jelasnya.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Beliau turut dimaklumkan mengenai dua (2) projek yang berisiko (tenat) yang mesti diberi perhatian serius oleh Jabatan Kerja Raya merangkumi projek pembinaan Surau Kampung Serdang dan Tebingan Pantai Kampung Punang.

Selain itu, Penduduk Kampung Punang dan Awat-Awat Turut Membantah JBALB.

Penduduk Kampung Punang turut mengadakan perhimpunan secara aman bagi menyatakan bantahan terhadap Penolong Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) yang telah menuduh penduduk Kampung Punang dan Awat-Awat tidak memberikan kerjasama terhadap pihaknya seperti sedia maklum yang disiarkan di akhbar tempatan pada 24 Jun 2020 yang lepas.

Pada perhimpunan aman tersebut, penduduk Kampung Punang dan Awat-Awat mempamerkan sepanduk yang memberi gambaran sebenar bahawa JBALB tidak efisien dan tidak menepati janji untuk menyelesaikan kemelut ketiadaan bekalan air di kampung tersebut.

Penduduk kampung berkenaan mempamerkan sepanduk berbunyi "Kami Wakil Warga Kampung Punang membantah sekeras-kerasnya tuduhan yang dibuat oleh pihak JBALB terhadap kami, sebaliknya kami menagih kerjasama dari pihak JBALB untuk membekalkan air yang selamat untuk kami minum dan bekalan berterusan kepada kami selaras dengan kenyataan misi JBALB.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

JBALB turut berjanji akan menyelesaikan masalah air di Kampung Punang dan Awat-Awat namun, janji hanyalah tinggal janji kedapatan mereka seumpama tutup mata dan telinga dan tidak berminat untuk menyelesaikan kemelut ini.

Penduduk Kampung Punang dan Awat-Awat turut memaklumkan bahawa mereka tidak meminta "AIR BERSIH tetapi HAK MUTLAK SETIAP MANUSIA PERLU DIPENUHI."

Pengarah JBALB dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan akhbar yang menuduh penduduk Kampung Punang dan Awat-Awat tidak memberikan kerjasama dengan mereka seperti yang disiarkan pada 24 Jun 2020.

Menurut kenyataan media itu, penduduk kampung telah lama bersabar serta memerhatikan tindak tanduk JBALB yang seakan berlengah-lengah dan seringkali memberikan pelbagai alasan walaupun kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 2.8 Juta bagi melaksanakan projek bekalan air bersih terawat di Negeri Sarawak termasuk di Daerah Lawas.

Kini Penduduk Kampung Punang dan Awat-Awat sudah marah akibat daripada permasalahan yang ditimbulkan oleh JBALB yang kian menyukarkan dan tiada penyelesaian.


@ Jackie San


2 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/06/viral-jabatan-bekalan-air-luar-bandar.html

    返信削除
  2. Traditional gatherer-hunting societies for instance have the relative dependability of gatheringpkv games

    返信削除

Featured post

KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN

  KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN @Jackie San Apr 6 / 11:00 AM   〜   4:45 PM Kanamara Matsuri (otherwise known as the “Penis Festiva...