2020年9月11日金曜日

VIRAL " Pemimpin UMNO Mulut Puaka "



PUTRAJAYA : 

Kata dua (2) Ketua Penerangan UMNO iaitu Shahril Sufian Hamdan, kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah telah mengundang beberapa mesej selaran EXCO Armada Nasional BERSATU iaitu Muzzammil Ismail.


Ketika mengungkap kata - kata 'Mulut Puaka' kepada Shahril, Muzzammil menegaskan yang kenyataan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, untuk bertanding di 45 daripada 73 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sabah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, adalah hasrat parti itu, selain berdasarkan rekod baik wakil rakyatnya sebelum ini.


Beliau berkata demikian, perkara itu sepatutnya diselesaikan di meja rundingan dan bukannya melalui serangan di media sosial seperti yang berlaku sekarang ini.


"Dua perkataan, 'Mulut Puaka' Ketua Penerangan UMNO.


"Kenapa Shahril Hamdan melompat lebih, hanya kerana risau kerusi UMNO yang berisiko dipertandingkan oleh BERSATU?" katanya menerusi kenyataan menjawab kenyataan dikeluarkan Naib Ketua Pemuda UMNO itu.


Muzzammil turut mengingatkan Shahril bahawa UMNO 'Sudah Jatuh Tersungkur' di Negeri Sabah pada Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU 14) yang lalu.


Justeru itu, beliau turut mempersoalkan sama ada pengundi di Negeri Sabah sudah menerima kembali UMNO secara mutlak ketika ini ataupun sebaliknya, kita tunggu nanti.


Beliau turut memaklumkan bahawa, sebaik-baiknya kedua-dua parti (BERSATU dan UMNO, untuk tidak seharusnya mengulangi kesilapan yang bodoh yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum ini dengan berpunca perpecahan.


"Pimpinan utama iaitu BERSATU dan juga UMNO kena jaga perkara ini dan jangan bermulut seperti puaka. Parti Warisan Sabah (WARISAN) masih lagi mempunyai 'Strong Base' (tapak yang utuh) di Negeri Sabah.


"Muhasabah diri dan janganlah terlalu mendongak ke langit. Kemungkinan esok hari akan hujan. Kita kena bijak mengatur politik di sini. Jangan pula, menembak dan menunding jari antara satu sama lain, " katanya.


PRN Sabah akan dijalankan dalam tempoh 60 hari selepas dibubarkan pada Khamis lalu.


Pembubaran itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selepas mendapat perakuan daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.


Krisis Politik di Negeri Sabah mencapai kemuncak, apabila bekas Ketua Menterinya iaitu Tan Sri Musa Aman dengan sokongan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat, pada Rabu lalu, mendakwa mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan negeri yang baru kelak.



@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/09/viral-pemimpin-umno-mulut-puaka.html

    返信削除

Featured post

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN @Jackie San KUMAMOTO Police in Kumamoto City, Kumamoto Prefecture, ...